Bekas Exco Perak sertai PAS

TAPAH – Bekas Ketua Wanita UMNO Negeri Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin mengumumkan menyertai PAS pada Sabtu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah dan Mantan Exco Perak itu menyerahkan borang keahlian parti itu kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Mega di Kampung Tanjung Keramat, Tapah, dekat sini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pemuda Pas Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham yang juga selaku juruacara majlis.

Hadir sama ke majlis, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa; Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria.

Wan Norashikin pernah menjawat jawatan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat Negeri pada tahun 2020 ketika Perak diterajui kepimpinan Ahmad Faizal.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Wan Norashikin tewas dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah

Zafrulazhan Zan dari Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 3,757 undi mengalahkan Wan Norashikin yang mewakili Barisan Nasional (BN), Mohd Safian Sauri Pandak Abd Samad (PEJUANG) dan Mohd Syamsul Alauddin (PH). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kemenangan PN di Sungai Bakap tidak akan kembali di Ayer Kuning

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI