Bekas pengarah syarikat rugi ditipu RM381,890 sindiket pelaburan Interpol/FS

IPOH – Seorang bekas pengarah sebuah syarikat membuat laporan polis hari ini apabila menanggung kerugian RM381,890 selepas terpedaya dengan skim sindiket penipuan pelaburan Interpol/FS yang disertainya sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa, wanita warga emas berusia 63 tahun itu mula mengenali suspek wanita yang memperkenalkan diri sebagai pentadbir kumpulan Interpol Skim Pelaburan Cepat Kaya menerusi aplikasi Whatsapp pada 2 Mac 2021.

Menurutnya, mangsa kemudian diperkenalkan dengan seorang lagi wanita yang mengaku sebagai pemilik Interpol namun tidak pernah bertemu dengan kedua-dua suspek hanya berinteraksi melalui aplikasi Whatsapp.

“Kedua-dua suspek dikatakan mendorong mangsa untuk membuat bayaran bagi menyertai skim pelaburan cepat kaya yang dijanjikan pulangan wang hampir setiap minggu jika berjaya menyelesaikan tugasan.

“Mangsa juga telah melakukan 112 transaksi ke dalam akaun suspek sejak 2 mac 2021 sehingga 28 ogos 2022 dengan anggaran kerugian berjumlah RM381,890,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa meyedari dirinya ditipu apabilatidak menerima pulangan wang seperti yang dijanjikan selepas kita-kita tiga tahun menyertai skim pelaburan berkenaan.

“Sehubungan itu, polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Semalam, media melaporkan seorang pesara guru berusia 69 tahun berputih mata apabila kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pesara guru kerugian RM442,947 ditipu pelaburan tidak wujud

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI