Bekas pengerusi NGO didakwa 10 pertuduhan seleweng wang misi kemanusiaan

IPOH – Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas 10 pertuduhan salah guna wang lebih daripada RM631,000 bagi misi kemanusiaan untuk Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin, sejak lapan tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan beliau sebagai pengerusi secara tidak jujur telah menyalahgunakan harta milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu iaitu wang derma bantuan misi kemanusizan dengan kerjasama NGO di Myanmar, Yaman, Syria, Palestin berjumlah RM631,373.13.

Kesalahan itu dilakukan di beberapa cawangan bank di Ipoh dan Batu Gajah dalam Daerah Kinta, Seri Iskandar di Perak Tengah antara Januari 2018 sehingga Disember 2021

Mohd Hakim dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun serta dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin dan Asmaa’ Zamri sementara tertuduh diwakili peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff.

Bekas pengerusi Serantau Muslim didakwa seleweng wang misi kemanusiaan kes penyelewengan NGO, salah guna wang derma misi kemanusiaan, pertuduhan salah guna wang NGO, SPRM bongkar penyelewengan NGO, Mahkamah Sesyen Ipoh, dana bantuan kemanusiaan Myanmar Yaman Syria Palestin, Seksyen 403 Kanun Keseksaan
Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (PKSM) dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas 10 pertuduhan salah guna wang lebih daripada RM631,000 bagi misi kemanusiaan untuk Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin, sejak lapan tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Hakim Mohd Nor, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JANUARI 2026.

Ketika prosiding, Muaz memohon kepada mahkamah agar kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Melaka bagi dibicarakan secara bersama dengan kes terdahulu, di samping tiada bantahan daripada peguam tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan agar kes dipindahkan ke Melaka.

Terdahulu pada Isnin tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas satu kes salah guna wang RM207,000 misi kemanusiaan tujuh tahun lalu.

Harta yang didakwa disalahgunakan itu membabitkan wang derma bantuan misi kemanusiaan dengan kerjasama NGO di Myanmar, Yaman, Syria dan Palestin.

Dia diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Mac ini.

Pada Selasa pula di Melaka, bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim itu didakwa dengan enam pertuduhan sama dengan nilai lebih RM570,000.

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin RM35,000 dengan 13 Mac ditetapkan sebagai tarikh serahan dokumen.

Sebelum ini media melaporkan SPRM berjaya membongkarkan kegiatan penyelewengan dana sebuah NGO hasil sumbangan orang ramai dipercayai berjumlah RM26 juta. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bekas Pengerusi NGO didakwa lagi kes salah guna wang derma kemanusiaan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI