Belanjawan 2026 kukuh asas kemajuan negeri – MB Perak

IPOH – Kerajaan Perak menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, menerusi pembentangan itu, Perak disebut dengan penuh perhatian melalui pengumuman pelbagai inisiatif yang bakal memperkukuh asas kemajuan negeri.

“Ini termasuk pengumuman pembinaan infrastruktur awal Taman Industri Halal Perak selain pembinaan infrastruktur jalan, kemudahan sekolah, jalan desa, balai polis, serta program pengupayaan usahawan muda di segenap pelusok negeri.

“Segala inisiatif ini menjadi bukti bahawa suara negeri tidak pernah diabaikan, dan semangat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus subur demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Belanjawan 2026 Perak Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Taman Industri Halal Perak, Sekolah Terapung Hulu Perak, Pembangunan Negeri Perak, Malaysia MADANI, Perak Sejahtera 2030, Anwar Ibrahim
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OKTOBER 2025.

Majlis perasmian disempurnakan Anwar serta dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Melalui pembentangan Belanjawan 2026, selain daripada Taman Industri Halal Perak, Anwar turut mengumumkan beberapa inisiatif lain yang meliputi pelbagai projek pembangunan di Perak termasuk pembinaan sekolah terapung yang di Hulu Perak.

Mengulas lanjut Saarani berkata, kedua-dua gagasan iaitu Malaysia MADANI di Persekutuan dan Perak Sejahtera 2030 walaupun sebutannya berbeza, tetapi ia lahir daripada tekad yang sama.

Kata beliau, kerajaan bertekad mahu rakyat hidup dengan maruah di samping anak muda berpeluang untuk membina masa depan, serta negara berdiri teguh di atas nilai yang baik, bukan atas perbalahan atau perpecahan.

“Dan semangat ini juga, yang kita mesti kita semat dalam urusan membangunkan negeri, dan membangunkan negara.

“Kerana membina sebuah negara bangsa tidak ubah seperti menyertai satu perlumbaan, ia menuntut kesabaran, ketahanan, dan kerja berpasukan yang tulus.

“Begitulah juga dengan negara, kemajuan tidak akan datang jika kita bergerak sendirian tanpa arah yang sama, tanpa kepercayaan antara pemimpin dan rakyatnya,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan 2026: Perak HIP, sekolah terapung Orang Asli antara diberi tumpuan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI