Belanjawan 2026: Tambah baik JRTB antara diberi tumpuan KKR

KUALA KANGSAR – Penambahbaikan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik dan Jeli antara perkara yang akan diberi tumpuan  Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam Belanjawan 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara membabitkan laluan sepanjang 123 kilometer (km) itu juga telah panjangkan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian lanjut.

“Untuk belanjawan akan datang memang kita pohon. Tetapi setakat ini kita tidak tahu berapa yang akan diperuntukkan.

“Namun memang kita melihat ada keperluan untuk kita menambah baik tahap infrastruktur jalan berkenaan (JRTB).

“Namun ia bukan bererti peruntukan khusus, sebaliknya ia sama sepertimana dalam permohonan-permohonan biasa kementerian (dalam Belanjawan)” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Jambatan Sultan Muzzaffar Shah, di Dataran Amanjaya Manong, dekat sini, pada Khamis.

Majlis dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan turut berangkat ke majlis, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Mengulas lanjut Nanta berkata, pemasangan 385 batang lampu solar di lokasi strategik seperti selekoh berbahaya dan kawasan titik panas kemalangan atau ‘black spot’ telah siap dilaksanakan di JRTB.

“Selain lampu jalan, kita juga sudah memasang penghadang jalan yang rosak serta menambah baik perabot jalan dan mengecat semula garisan pada jalan raya berkenaan.

Terdahulu dalam sembah ucapan Nanta berkata, JRTB antara yang Jalan Persekutuan yang diberi perhatian oleh beliau sewaktu awal menjawat jawatan Menteri Kerja Raya.

Kata beliau, laluan itu bukan sahaja menjadi nadi penghubung antara negeri, malah turut

menyimpan sejarah penting dalam pembinaan jaringan jalan raya negara.

“Sejak dilancarkan Aplikasi MyJalan, KKR telah menerima pelbagai aduan kerosakan jalan yang kemudiannya berjaya diselesaikan dengan lebih cepat.

“Data-data kerosakan jalan yang dikumpulkan melalui itu turut menjadi asas kukuh bagi KKR mendapatkan peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Hasilnya, laluan Gerik-Jeli ini, bersama beberapa Jalan Persekutuan lain di Negeri Perak, telah menerima kerja-kerja pembaikan dan naik taraf demi keselamatan dan keselesaan rakyat,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin rasmi Jambatan Sultan Muzzaffar Shah di Manong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI