Belanjawan Perak 2025: Bantu niaga, rumah dan peluang kerja tumpuan belia

IPOH – Golongan belia di Perak menaruh harapan supaya Belanjawan Perak 2025 yang akan dibentangkan pada akhir bulan ini menumpukan perhatian ke atas pembangunan ekonomi golongan tersebut.

Kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Azril Fazrie Mohd Kamil, 28, berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada golongan belia yang baru berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan.

Belanjawan Perak 2025: Belia mahu fokus pada pembangunan ekonomi
Azril Fazrie Mohd Kamil, 28, ketika temubual bersama MG Perak sempena Belanjawan Perak 2025. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 NOVEMBER 2024.

“Pada masa ini, ramai golongan muda menceburkan diri dalam bidang perniagaan sama ada secara fizikal mahupun secara online (dalam talian).

“Sehubungan itu, harapan saya semoga kerajaan negeri dapat menyediakan inisiatif bersesuaian pada pembentangan belanjawan negeri khususnya untuk belia yang ingin memulakan perniagaan,” katanya kepada MG Perak pada Selasa.

Belanjawan Perak 2025: Belia mahu fokus pada pembangunan ekonomi
Aiman Arif Hamdan, 25, ketika temubual bersama MG Perak sempena Belanjawan Perak 2025. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 NOVEMBER 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, Aiman Arif Hamdan, 25, pula berpendapat kelonggaran syarat bagi urusan pembelian rumah pertama dalam kalangan belia perlu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada mereka memiliki rumah pertama.

Bagaimanapun, dia berkata, syarat tersebut perlulah bersesuaian dengan situasi ekonomi pada masa kini.

“Kos hidup rakyat dilihat semakin meningkat. Jadi, harapan saya untuk Belanjawan Perak 2025 adalah kerajaan negeri meneliti semula syarat untuk pembelian rumah pertama bagi golongan belia dan memberikan kelonggaran kepada yang benar-benar layak,” ujarnya.

Belanjawan Perak 2025: Belia mahu fokus pada pembangunan ekonomi
Nur Fa’izzatul Asyiqin Sahar, 25, ketika temubual bersama MG Perak sempena Belanjawan Perak 2025. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, Nur Fa’izzatul Asyiqin Sahar, 25, meminta supaya kerajaan negeri menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian memandangkan terdapat lambakan graduan yang masih menganggur.

“Saya berharap pembentangan belanjawan kerajaan negeri tahun hadapan dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang sesuai dengan gaji setimpal selaras keadaan ekonomi pada masa kini,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: Rakyat mahu kebajikan dipertingkat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI