Belanjawan Perak 2025: Lima program baharu perkasa PBT

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memandang serius usaha memperkasakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha berkenaan sebanyak RM1 juta diperuntukkan dalam Belanjawan Perak 2025 bagi melaksanakan program baharu.

“Sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk program Komuniti Sejahtera bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti kesejahteraan komuniti diikuti RM200,000 bagi Pelbagai Program Bandar Pintar.

“Kerajaan negeri turut memperuntukan masing-masing RM150,000 bagi Program Pawsitive Peringkat Negeri Perak dan Program Kolokium sebagai platform perkongsian ilmu di kalangan PBT,” katanya.

Menurut Saarani, jumlah berkenaan merupakan sebahagian kecil daripada RM398.99 juta yang diperuntukkan bagi tujuan Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri dalam Belanjawan Perak 2025.

BKK Belanjawan perak 2025 perak penjawat awam negeri Saarani kerajaan negeri
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad membentangkan Belanjawan Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 NOVEMBER 2024.

Jelas beliau, dalam usaha memperkukuhkan hubungan antara rakyat dengan institusi Pentadbiran Daerah, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM135.4 juta di bawah Maksud Mengurus kepada Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta RM22.56 juta kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri (PTG).

Katanya lagi, bagi menyediakan persekitaran kerja lebih kondusif di samping meningkatkan kecekapan pentadbiran daerah dan tanah serta sebagai penyuntik semangat untuk terus mengekalkan momentum kutipan hasil, Kerajaan Negeri turut meluluskan pembinaan baharu Bangunan PTG dengan siling peruntukan RM277.61 juta.

“Sejumlah RM38.46 juta pula disediakan bagi pembinaan bangunan pentadbiran PDT Larut Matang dan Selama manakala RM50.0 juta bagi pembinaan bangunan pentadbiran PDT Hilir Perak. Kesemua pembinaan ini akan dilaksana dan dipantau oleh JKR.

“RM23.3 juta disediakan di bawah Maksud Pembangunan bagi pelaksanaan pelbagai projek fizikal dan kecemasan oleh PDT.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan RM14.69 juta bagi Maksud Mengurus dan RM8.6 juta bagi Maksud Pembangunan di bawah Kerajaan Tempatan untuk pelbagai keperluan termasuk penyelenggaraan bangunan dan kemudahan PBT serta kutipan sampah luar kawasan operasi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

MGPerak: MDBG PBT Pertama Di Perak Laksana DDMS 2.0

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI