Belanjawan Perak 2025 mesra dan prihatin – Mohammad Zahir

IPOH: Belanjawan Perak 2025 yang akan dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada 29 November ini, bakal memberi pelbagai manfaat demi kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia bukan sekadar bersifat mesra rakyat malah turut selari dengan hasrat Pelan Perak Sejahtera 2030 yang mengutamakan pembangunan negeri dan rakyat yang mapan.

“Saya percaya Belanjawan Perak 2030 akan lebih banyak manfaat dinikmati rakyat Perak di mana kerajaan negeri prihatin kepada situasi semasa disamping memberi perhatian sewajarnya kepada kesejahteraan rakyat.

“Menteri Besar dan barisan Exco telah bekerja kuat, ini termasuklah pergi kepada pelaburan-pelaburan dari luar (negara) demi mendapatkan hasil yang tentunya memberi banyak manfaat untuk dinikmati rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Speaker DUN, Jenny Choy Tsi Jen dan Penolong Setiausaha Dewan Negeri, Amir Fadli Mohamed Halmi.

Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula 29 November sehingga 5 Disember.

Menurut Mohammad Zahir, pembentangan Belanjawan Perak 2025 akan dibawa Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan di mana semua ADUN diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

“Dalam persidangan kali ini, Dewan Negeri turut menerima usul pemilihan bagi keanggotaan seorang Ahli Dewan Negara.

“Tarikh tutup pencalonan bagi pemilihan ini adalah esok (Jumaat) dan setakat ini, kita sudah menerima dua pencalonan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan Perak akan melancarkan Portal Dewan Negeri yang julung kali diperkenalkan pada hari pertama Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas nanti.

Ujarnya, portal berkenaan akan mengandungi maklumat dan sumber rujukan mengenai Dewan Negeri Perak termasuk video, enakmen yang diluluskan, penyata rasmi (hansard) serta undang-undang tubuh negeri yang boleh diakses oleh orang awam. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: Usaha sedia infra pelancongan menjelang TMM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI