Belanjawan Perak 2025: Rakyat mahu kebajikan dipertingkat

IPOH – Rata-rata penduduk di negeri ini menzahirkan harapan tinggi terutamanya berkaitan kebajikan rakyat sempena Belanjawan Perak 2025 yang dijangka dibentangkan akhir bulan ini.

Kakitangan awam, Nur Syuhada Mohamad Azman, 35, berpendapat bahawa belanjawan pada tahun hadapan perlu lebih fokus kepada wanita khususnya dari golongan B40, ibu tunggal dan suri rumah.

“Saya berharap Bajet Perak 2025 dapat memberi manfaat kepada semua rakyat khasnya golongan wanita seperti suri rumah, fakir miskin dan ibu tunggal.

Belanjawan Perak 2025: Orang ramai mahu kebajikan rakyat dipertingkat
Penjawat Awam, Nur Syuhada Mohamad Azman, 35, pada temubual bersama MG Perak sempena Belanjawan Perak 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 NOVEMBER 2024.

“Diharap kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan yang sesuai bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Seperti bantuan dari segi kewangan sedia ada jumlahnya ditambah berbanding sebelum ini,“ ujarnya ketika ditemui MG Perak pada Isnin.

Nur Syuhada turut mencadangkan supaya kadar Kad Perak Sejahtera dinaikkan lebih tinggi berbanding sebelum ini selaras dengan keadaan ekonomi pada masa kini.

“Selain itu, diharap pihak kerajaan negeri dapat menyediakan kursus bersesuaian supaya dapat membantu golongan wanita yang memerlukan untuk meningkatkan taraf ekonomi institusi kekeluargaan mereka,“ katanya.

Belanjawan Perak 2025: Orang ramai mahu kebajikan rakyat dipertingkat
Penjawat Awam, Muhammad Faridzul Amir Hamid, 35, pada temubual bersama MG Perak sempena Belanjawan Perak 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 NOVEMBER 2024.

Dalam perkembangan sama, penjawat awam, Muhammad Faridzul Amir Hamid, 35, berkata, dia berharap ada berita baik pada belanjawan kali ini khususnya bagi sektor pendidikan dan golongan belia.

“Saya harap Bajet Perak 2025 dapat memberi kesejahteraan menyeluruh kepada rakyat Perak. Mungkin fokus saya lebih kepada pendidikan dan pembangunan belia di negeri ini.

“Contohnya dari segi banyakkan peluang pekerjaan (kepada golongan belia) dan biasiswa dapat disalurkan secara menyeluruh kepada anak-anak Perak yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.

Belanjawan Perak 2025: Orang ramai mahu kebajikan rakyat dipertingkat
Penjawat Awam, Izman Idris, 57, pada temubual bersama MG Perak sempena Belanjawan Perak 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), Izman Idris, 57, berkata, kerajaan negeri perlu menambah baik perkara yang berkaitan jika terdapat kekurangan pada seluruh PBT di Perak.

“Sebagai seorang penjawat awam dari pihak berkuasa tempatan (PBT), saya berharap Bajet  Perak 2025 dapat membantu PBT di Perak khususnya dari segi perkembangan perumahan dan perkara lain yang berkaitan.

“Apa yang kurang ditambahkan. Semoga Bajet Perak 2025 dapat memberikan kesejahteraan kepada semua PBT di negeri ini,” jelasnya.

Tahun lalu, Belanjawan Perak 2024 yang dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memperuntukkan RM1.35 billion dengan mengekalkan tema sama seperti 2023, ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’. – MG Perak

Artikel Bekaitan:

Belanjawan Perak 2025: Usaha sedia infra pelancongan menjelang TMM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI