Belanjawan Perak 2025: RM1.52 bilion tertinggi dalam sejarah

IPOH – Kerajaan Negeri Perak membentangkan Belanjawan Perak 2025 berjumlah hampir RM1.52 bilion, tertinggi dalam sejarah dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta.

Jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding Belanjawan Perak 2024 sebanyak RM1.35 billion dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM856 juta dan pembangunan RM491 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, belanjawan yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ itu menumpukan kepada kesejahteraan rakyat; tadbir urus projek berkepentingan negeri; pembangunan modal insan; kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan.

Menurut beliau, pelaksanaan Belanjawan Perak 2025 dirangka berdasarkan unjuran Hasil dan Terimaan Pembangunan hampir mencecah RM1.438 bilion.

“Jumlah ini terdiri daripada Hasil Cukai (RM672 juta), Hasil Bukan Cukai (RM514 juta), Terimaan Bukan Hasil (RM214 juta) dan Terimaan Pembangunan (RM38 juta).

“Trend kutipan hasil dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan positif sektor ekonomi yang menyumbang kepada kutipan hasil Negeri.

“Antaranya termasuk janaan royalti dari Industri Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) serta pelaksanaan projek-projek yang berpotensi besar meliputi Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2024 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, perbelanjaan pembangunan 2025 ditokok dengan jumlah yang besar iaitu RM47 juta (9.6 peratus) berbanding Belanjawan Tahun 2024.

Ujar beliau, peningkatan berkenaan bertujuan memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan demi manfaat rakyat disokong kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang semakin mengukuh dan stabil.

“Belanja bagi Maksud Pembangunan RM538 juta merupakan jumlah tertinggi yang pernah Kerajaan Negeri peruntukkan dan peningkatan ini adalah untuk membolehkan pertumbuhan ekonomi negeri terus berdaya saing dan pembangunan terus terlaksana selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Daripada unjuran Hasil dan Perbelanjaan tersebut, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 diunjurkan pada kadar defisit RM81.8 juta,” katanya.

Saarani berkata, penyediaan Belanjawan Perak 2025 meneruskan kesinambungan selaras dengan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk membangun dan memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat Perak.

Beliau berkata, usaha merangka dan melaksanakan belanjawan negeri pada tahun ini dipandu lima elemen Visi Baru Perak yang diilhamkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah melalui buku nukilan baginda bertajuk ‘Globalization: Perak’s Rise, Relative Decline, and Regeneration’.

“Lima elemen ke arah Visi Baru Perak yang disarankan Baginda adalah memastikan institusi yang cekap dan telus; membina semula modal insan dan meningkatkan kebolehpasaran; melabur dalam pintu masuk global; memanfaat dan meningkatkan aset semula jadi dan sejarah Perak yang menakjubkan dan memperluaskan kuasa dalam pengumpulan hasil dan pembuatan keputusan,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025 dianggar berjumlah RM1.5 billon – Pakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI