Belanjawan Perak 2025: UPSI hargai peruntukkan RM2.65 juta

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedia menggalas amanah serta melaksanakan pembangunan Galeri Muzik Sultan Idris A’fifullah Shah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Perak 2025, Jumaat lalu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menzahirkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan kerajaan negeri meluluskan peruntukkan berkenaan.

Menurut beliau, galeri dengan peruntukkan berjumlah RM2.35 juta itu, bakal menghimpunkan peralatan dan karya muzik Almarhum Sultan Idris untuk tontonan umum serta kegunaan kajian.

“Galeri Muzik Diraja Sultan Idris akan menghimpunkan semua peralatan muzik, karya muzik daripada Duli Almarhum Sultan Idris yang ditempatkan di satu lokasi.

“Ia juga bukan sahaja sebagai pameran dan lawatan tetapi turut dijadikan kajian dan dihidupkan bagaimana institusi diraja terlibat sekali di dalam menghidupkan industri muzik,” katanya kepada Malaysia Gazette (MG) Perak.

Beliau berkata demikian selepas hadir mengiringi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan 2023 UPSI, di sini, pada Isnin.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 DISEMBER 2024.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai peruntukan berjumlah RM300,000 bagi penyelenggaraan fasiliti sukan seperti diumumkan dalam Belanjawan Perak 2025, Md Amin berkata, ia merupakan julung kalinya UPSI menerima peruntukkan sedemikian.

Beliau berkata, ia merupakan berita gembira dan percaya bahawa sukan bukan bermusim sebaliknya membina kapasiti modal insan dan menghidupkan bakat.

“InsyaAlllah kita akan hidupkan bakat-bakat yang ada di daerah Mualim seterusnya Negeri Perak dan membantu kerajaan negeri untuk memastikan kita bukan sahaja menjadi juara SUKMA tetapi kuasa besar dalam sukan peringkat antarabangsa.

“Terima kasih kepada Menteri Besar, Exco Cikgu Din (Khairudin) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak dan InsyaAllah sama-sama kita majukan Perak dicintai,” katanya.

Jumaat lalu Saarani mengumumkan RM2.65 juta peruntukkan kepada UPSI bagi tujuan pembangunan Galeri Muzik Sultan Idris A’fifullah Shah dan penyelenggaraan fasiliti sukan UPSI di dalam Belanjawan Perak 2025. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: RM1.52 bilion tertinggi dalam sejarah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI