Belanjawan Perak 2026 dijangka beri fokus kebajikan, kesejahteraan rakyat

KUALA KANGSAR – Belanjawan Perak 2026 yang akan diumumkan pada 25 November ini dijangka akan memberi penumpuan khusus kepada agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, beliau yakin belanjawan kali ini akan memfokuskan kepada pelbagai inisiatif sosial serta bantuan kepada golongan memerlukan.

Belanjawan Perak 2026 Belanjawan Negeri Perak Belanjawan 2026 Perak kesejahteraan rakyat Perak Datuk Salbiah Mohamed belanjawan inisiatif kebajikan Perak Belanjawan Perak bantuan rakyat
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berucap pada Program Remaja Hebat Mega di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2025.

“Saya yakin Menteri Besar (Datuk Seri Saarani Mohamad) cakna dalam hal-hal berkaitan rakyat khususnya dalam perkara bagaimana kita mahu mengangkat mereka daripada sudut sosial, kemiskinan dan pembangunan masyarakat.

“InsyaAllah saya berharap akan ada berita gembira dan perkara baik untuk rakyat negeri Perak yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Remaja Hebat Mega Peringkat Negeri Perak di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Ulu Kenas dekat sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Mohamad Faizal Haramaini; Pengarah Sekretariat Wanita Perak, Jamilah Zakaria serta Penolong Pengarah AKM Negeri Perak, Safwati Shaharain.

Mengulas lanjut Salbiah berkata, pejabatnya telah mengemukakan peruntukan tambahan kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan bagi Belanjawan Perak 2026 yang turut menyentuh soal kebajikan warga emas.

Belanjawan Perak 2026 Belanjawan Negeri Perak Belanjawan 2026 Perak kesejahteraan rakyat Perak Datuk Salbiah Mohamed belanjawan inisiatif kebajikan Perak Belanjawan Perak bantuan rakyat
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed (dua, kanan) menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang menyertai Program Remaja Hebat Mega di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 NOVEMBER 2025.

“Ada permohonan untuk tambahan peruntukan seperti dalam soal kebajikan warga emas, memandangkan Perak kini sedang menuju ke arah negeri menua.

“Pada masa sama, turut diberi penumpuan adalah bantuan-bantuan kepada soal keusahawanan serta pelbagai bentuk bantuan berkaitan kesejahteraan rakyat. Itu antara yang berada dalam portfolio saya,” kata beliau.

Belanjawan Perak 2026 dijangka akan dibentangkan Menteri Besar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 25 November ini.

Persidangan yang berlangsung selama enam hari sehingga 2 Disember itu akan menyaksikan sesi perbahasan belanjawan pada hari kedua persidangan iaitu 26 November.

Pada tahun lalu, Perak membentangkan Belanjawan Negeri 2025 berjumlah RM1.52 bilion dengan ia merekodkan sebagai tertinggi dalam sejarah negeri. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak bentang belanjawan 25 November ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI