Belanjawan Perak 2026: Hampir RM16 juta untuk bantuan pendidikan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM15.95 juta bagi pelbagai inisiatif bantuan pendidikan dalam Belanjawan Perak 2026.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia meliputi bantuan khas pendidikan, program ‘back to school’ atau kembali ke sekolah serta bantuan baucar buku.

Katanya, program bantuan baucar buku yang diperuntukkan sebanyak RM75,000 itu akan dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk pelajar di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

“Mendokong pelaksanaan program dan bantuan pendidikan di pelbagai peringkat sekolah, kerajaan negeri meneruskan kesinambungan Program Tuisyen Cikgu Saarani.

“Sebanyak RM2.2 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi menjayakan inisiatif ini melalui pelbagai program,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Kata Saarani, daripada kesemua peruntukan itu sebanyak RM1 juta disalurkan untuk Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN), Biasiswa Menteri Besar (RM1 juta) serta Program Teduhan Kasih Anak-Anak Pera (RM17,000).

Tambah beliau lagi, melalui belanjawan sama, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM7.33 juta bagi pelbagai program berkaitan seperti Bantuan Per Kapita Pelajar Sekolah Kerajaan, Pemantapan Pelajar Sekolah Rendah, serta Pemantapan Pelajar SPM, STPM dan STAM.

Saarani berkata, di bawah peruntukan itu juga diberikan kepada inisiatif bantuan per kapita pelajar Sekolah Tahfiz dan Pondok; Sumbangan Pendidikan dan Bantuan Sekolah Pendidikan Khas.

“Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM11.45 juta meliputi bantuan-bantuan kepada kumpulan pelajar di peringkat pengajian tinggi.

“Antaranya Insentif Siswa Dalam dan Luar Negara bagi pemberian secara ‘one-off’ sebagai persediaan melanjutkan pengajian.

“Daripada jumlah tersebut, RM6.5 juta bagi Insentif Siswa Dalam Negara dan bakinya RM0.4 juta bagi Insentif Siswa Luar Negara,” katanya.

Tambah beliau, juga diadakan program Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa; Program Pengupayaan Mahasiswa serta Program Jelajah Siswa dan Moh Ngopi Mahasiswa. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2026: Elaun Guru KAFA dinaikkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI