Belanjawan Perak 2026: Saarani beri jaminan ambil kira kemahuan, keperluan rakyat

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan bahawa Belanjawan Negeri 2026 yang sedang dirangka akan mengambil kira pelbagai kemahuan dan keperluan rakyat agar manfaat yang bakal diterima bersifat menyeluruh.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Institut Darul Ridzuan (IDR) telah melaksanakan sesi libat urus bersama lebih daripada 4,000 orang responden agar mereka diberi ruang untuk menyuarakan aspirasi terhadap belanjawan berkenaan.

Belanjawan Perak 2026 Saarani Mohamad, Belanjawan Negeri Perak, Bajet Perak 2026, Institut Darul Ridzuan, suara rakyat Perak, pembasmian kemiskinan Perak, kebajikan rakyat Perak, pendidikan Perak, pembangunan negeri Perak, sidang DUN Perak
Suasana sekitar Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ketujuh Tahun 2025 di KPTM Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 SEPTEMBER 2025.

Katanya, antara responden yang terlibat termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), organisasi bukan kerajaan (NGO), badan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), guru, pelajar sekolah dan juga ibu bapa.

“Kita mahu lihat apa aspek keperluan dan kemahuan semasa yang diperlukan rakyat untuk tahun hadapan.

“Selain bajet pembangunan, ada bajet lain termasuk dalam soal kebajikan rakyat, pendidikan dan pembasmian kemiskinan. Semua itu kita ambil kira berdasarkan kajian yang dibuat oleh IDR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Siri Ketujuh 2025 di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, pada Isnin.

Belanjawan Perak 2026 Saarani Mohamad, Belanjawan Negeri Perak, Bajet Perak 2026, Institut Darul Ridzuan, suara rakyat Perak, pembasmian kemiskinan Perak, kebajikan rakyat Perak, pendidikan Perak, pembangunan negeri Perak, sidang DUN Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Ketujuh Tahun 2025 di KPTM Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 SEPTEMBER 2025.

Menurut Saarani, kerajaan negeri melalui IDR juga akan mengadakan sesi dialog belanjawan bersama agensi kerajaan, wakil rakyat dan ketua jabatan bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan sebelum ia dibentangkan nanti.

“Pada Selasa malam, kita akan mengadakan sesi dialog bajet melibatkan semua agensi, ketua jawatan dan wakil rakyat. Untuk wakil rakyat pembangkang, kita telah mengadakan sesi sama sebelum ini,” katanya.

Ujar beliau, pelbagai usaha libat urus dan kajian yang dilakukan kerajaan negeri bersama agensi terlibat adalah usaha bagi memastikan belanjawan ini benar-benar mencerminkan suara rakyat.

Belanjawan Negeri Perak 2026 dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hujung tahun ini.

Sebelum ini, Perak mengumumkan Belanjawan Negeri 2025 berjumlah RM1.52 bilion, dengan melibatkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2026 diharap perkukuh agenda TVET – Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI