Beregu campuran Tang Jie-Ee Wei juara Terbuka Korea

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mendapat tonik semangat kemerdekaan apabila melakar gelaran sulung mereka bagi musim 2024 di Terbuka Korea yang berstatus Super 500, hari ini.

Biarpun Tang Jie-Ee Wei mendapat tentangan sengit oleh beregu China di ranking ke-241 dunia, Guo Xin Wa-Li Qian sebelum mereka bangkit menewaskan lawan dengan keputusan 17-21, 21-13, 21-13.

Di set pertama, Xin Wa-Qian ya melakar kemenangan 21-17 namun Tang Jie-Ee Wei yang berada di ranking kesembilan dunia terus mempamerkan kebangkitan sebelum memenangi set kedua, 21-13.

Kemenangan itu mengheret perlawanan ke set penentuan dengan beregu negara itu berjaya melakar kemenangan 21-13.

Pentas final ini adalah yang ketiga buat Tang Jie-Ee Wei bagi musim ini selepas meraih dua gelaran naib juara di kejohanan berstatus Super 300 di Terbuka Switzerland pada Mac lalu dan Masters Thailand pada Februari.

Selaku juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang AS$33,180 (RM142,953) manakala Xin Wa-Qian meraih AS$15,960 (RM68,762). – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI