Bina segera jambatan Bailey di kawasan terputus hubungan akibat banjir – Zahid

BAGAN DATUK – Kerajaan akan membina tujuh jambatan Bailey di seluruh negara bagi menghubungkan segera kawasan terputus hubungan akibat banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara salah satu lokasi cadangan pembinaan jambatan tersebut adalah Kilometer 35 Jalan Gua Musang – Jeli di Kilometer 35 berdekatan Kampung Jerek di Kelantan.

Bagaimanapun beliau berkata, pembinaan jambatan tersebut tertakluk kepada penilaian melibatkan kajian dan kesesuaian struktur tanah di kawasan berkenaan.

“Terdapat jalan-jalan yang terputus hubungan terus, jadi kita telah memutuskan supaya jalan-jalan yang terputus itu dan jambatan-jambatan yang runtuh dibina jambatan Bailey.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan bailey di tempat-tempat yang terjejas.

“Saya akan meminta kerjasama RAJD dan juga pihak JKR negeri serta daerah untuk membuat tindakan segera. Ini kerana terdapat keperluan penduduk-penduduk untuk menghantar bantuan dan juga untuk proses menyelamat dan untuk jangka panjangnya adalah bagi kegunaan lalu lintas.

“Sebelum ini, kita pernah lakukan apabila hubungan di antara Segamat dan Rompin terputus, jambatan Bailey dibina dalam tempoh 72 jam,“ katanya.

Bina segera jambatan Bailey di kawasan terputus hubungan akibat banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika bergambar pada majlis perasmian Program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak Daerah Bagan Datuk di Politeknik Bagan Datuk.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Negeri Perak Daerah Bagan Datuk di Dewan Armada Utama, Politeknik Bagan Datuk, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, jambatan yang kekal akan dibina menggantikan jambatan Bailey terutama jambatan kampung di kawasan jalan perhubungan desa.

“Kita tidak mahu apa yang pernah berlaku pada 2014 dulu berulang di mana kesiapsiagaannya agak berada di peringkat yang rendah.

“Pada 2024, 10 tahun kemudian, kesiapsiagaan ini kita telah lakukan di peringkat awal dengan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang telah memberikan data seminggu lebih awal sebelum luruan dan taburan hujan itu bertambah.

“Susulan itu, tindakan-tindakan untuk pemindahan mangsa banjir dilakukan lebih awal,“ jelasnya.

Bina segera jambatan Bailey di kawasan terputus hubungan akibat banjir - Zahid
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan replika cek ternakan ayam kampung kacuk JPKK kampung kebun sayur daerah Bagan Datuk pada Program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak Daerah Bagan Datuk di Politeknik Bagan Datuk.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 DISEMBER 2024.

Setakat jam 5 petang tadi, seramai 145,897 mangsa daripada 43,701 keluarga terjejas banjir dipindahkan ke 673 PPS di sembilan negeri.  – MG Perak

Artikel Berkaitan:

5,600 anggota tentera dikerah bantu mangsa banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI