BKK bukti prihatin kerajaan negeri terhadap penjawat awam

IPOH – Pengumuman Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tentang Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji pada Jumaat memberi khabar gembira kepada semua penjawat awam negeri.

Mior Hatim Salbi, 32, berkata, pengumuman yang dibuat itu membuktikan keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Saarani terhadap penjawat awam.

“Ketika ini semua pihak berdepan peningkatan kos sara hidup. Justeru pemberian BKK yang diumumkan itu dapat meringankan beban yang ditanggung penjawat awam,” katanya ketika ditemui MG Perak.

BKK penjawat awam negeri Perak menteri besar Perak datuk Saarani Mohamad pengumuman
Temubual Mior Hatim Salbi , 32, mengenai Belanjawan Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, Nur Hamira Amir Hamidi, 30, berkata, pemberian bantuan kewangan itu juga disifatkan sebagai menyeluruh apabila turut memberi manfaat kepada kakitangan kontrak Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).

“Saya berasa lega dengan pengumuman BKK yang dibuat oleh Menteri Besar Perak. Malah saya merasakan ia banyak membantu semua penjawat awam di negeri ini.

“Ia terutamanya kepada golongan muda yang baru sahaja menjadi penjawat awam. Daripada sudut positif, bantuan ini dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka yang menerima manfaat,” katanya lagi.

BKK penjawat awam negeri Perak menteri besar Perak datuk Saarani Mohamad pengumuman
Temubual Nur Hamira Amir Hamidi, 30, mengenai Belanjawan Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2024.

Tambah Nur Hamira, dia merancang untuk menggunakan BKK yang diperoleh nanti untuk menampung wang simpanan serta pembayaran-pembayaran peribadi.

Pada masa sama, Hasnida Masron, 47, turut berkongsi rasa sama apabila turut menyifatkan pengumuman BKK dua bulan gaji sebagai satu kelegaan buatnya.

BKK penjawat awam negeri Perak menteri besar Perak datuk Saarani Mohamad pengumuman
Temubual Hasnida Masron, 47, mengenai Belanjawan Perak 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2024.

Ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata itu memberitahu, pengumuman itu antara perkara yang sering dinantikan semua penjawat awam negeri.

“Saya bersyukur dengan pemberian BKK ini kerana ia sangat membantu kami sebagai penjawat awam di Perak.

“Malah sebagai ibu tunggal yang mempunyai ramai anak, ia melegakan saya kerana ia boleh dimanfaatkan untuk persiapan persekolahan dan mungkin untuk menyambut hari raya nanti,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 Jumaat lalu, Saarani mengumumkan pemberian BKK dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri.

Kata beliau, bantuan berkenaan turut akan diterima semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan, ketua-ketua kampung serta kakitangan di bawah kontrak MySTep.

Pembayaran penuh bantuan khas itu akan dibuat pada minggu terakhir bulan Disember ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MB Perak umum Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji penjawat awam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI