BN lancar jentera PRK Ayer Kuning 5 April

TAPAH – Barisan Nasional (BN) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pelancaran jentera itu akan dibuat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M.Saravanan.

“Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Ahli Parlimen Tapah akan diadakan sebelum penamaan calon. Ia dianjurkan setiap tahun, namun kali ini kita tumpang majlis pada Sabtu itu.

“Pada majlis itu akan diadakan pelancaran jentera, dan pada hari sama juga kita akan umumkan calon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Kampung Dato Kamaruddin, Bidor, dekat sini, pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Pada majlis, Saarani yang juga Menteri Besar Perak menyampaikan insentif Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM150 kepada setiap 150 orang penerima di kawasan DUN Ayer Kuning.

BN jentera PRK Ayer Kuning 2025 Barisan Nasional PRK Ayer Kuning Saarani calon BN PRK Ayer Kuning PRK Ayer Kuning BN pelancaran jentera Tarikh penting PRK Ayer Kuning 2025 Sentimen politik PRK Ayer Kuning
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan plaked bantuan pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama Tahun 2025 di Dewan Kampung Dato Kamarudin, Bidor, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MAC 2025.

Malam tadi, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melancarkan jentera parti itu PRK DUN Ayer Kuning di Padang Awam Tapah Road.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah sejak 2018 memenangi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November 2022 dengan memperoleh 2,213 majoriti undi dalam persaingan lima penjuru.

Dalam pada itu Saarani memberitahu, pihaknya mempunyai strategi tersendiri dalam menangkis sentimen pembangkang dalam meraih undi sepanjang tempoh berkempen.

Kata beliau, ia termasuk kepada sentimen yang masih dimainkan pembangkang iaitu ‘UMDAP’ yang merujuk kepada kerjasama politik antara UMNO dan DAP dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Pada tahun 2008, Idris (Naib Presiden PAS, Datuk Idris bin Ahmad) dan Razman (Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria) adalah penyokong kepada ‘PASDAP’ dengan penubuhan Kerajaan Perak melalui kerjasama PAS dan DAP.

“Kemudian pada tahun 2018, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bekas Menteri Besar Perak) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Bekas Perdana Menteri) menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui BERSADAP (merujuk kepada BERSATU dan DAP).

“Jadi apa masalah? Melainkan ia hanya untuk menyakiti orang lain. Tidak mengapa, jika mereka masih ‘play this game’, saya akan bawa slaid. Akan ceritakan kepada semua sebelum ada UMDAP, adanya BERSADAP dan PASDAP,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Semua calon BN PRK Ayer Kuning punyai kekuatan tersendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI