Boleh WhatsApp JAIPK jika lihat ‘kaki ponteng puasa’

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) meminta masyarakat untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan salah laku individu beragama Islam di negeri ini yang tidak menghormati bulan Ramadan.

Menerusi hantaran pada laman Facebook, Bahagian Penguatkuasaan JAIPk memaklumkan, maklumat boleh disalurkan sama ada melalui panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp di talian 014-5698896.

“Aduan boleh dibuat sekiranya berlaku perbuatan makan, minum, atau menghisap rokok secara terang-terangan di tempat awam oleh individu beragama Islam.

“Mahupun penjualan makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam untuk dimakan atau diminum secara langsung di premis semasa waktu berpuasa,” katanya melalui hantaran berkenaan.

Katanya lagi, sebarang maklumat berkenaan perkara itu boleh disalurkann kepada talian yang beroperasi bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang sepanjang Ramdan.

Menurut Bahagian Penguatkuasaan JAIPk lagi, aduan melalui pesanan WhatsApp boleh dibuat dengan disertakan maklumat pengadu serta lampiran gambar atau video, sekiranya ada.

“Cara penghantaran aduan melalui WhatsApp, pengadu perlu menaip perkataan ‘ADUAN SALAH LAKU’ dan kemudian disertakan dengan nama pengadu bersama, alamat, nombor telefon atau emel.

“Seterusnya pengadu diminta untuk menaip keterangan aduan secara terperinci (berkenaan tindakan tidak menghormati Ramadan). Sekiranya ada, boleh juga disertakan bukti seperti gambar, video atau dokumen,” katanya.

Tambah hantaran itu, ia merupakan sebahagian daripada usaha JAIPk dalam memastikan kesucian bulan Ramadan dapat terus dijaga.

“Kerjasama masyarakat amatlah dihargai dalam memastikan keharmonian dan keberkatan Ramadhan terus terpelihara. Bersama-sama kita memelihara nilai-nilai Islam demi kebaikan bersama,” ujarnya.

Untuk rekod, umat Islam di Perak yang didapati tidak berpuasa tanpa sebarang halangan atau keuzuran sepanjang Ramadan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 dan hukuman penjara enam bulan.

Di bawah kesalahan Tidak Menghormati Ramadan pada Seksyen 24, Enakmen Jenayah (Syariah) 1992, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

1,000 jemaah tunai solat tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI