Bom mortar ditemui di Kampung Kandang Hilir

KUALA KANGSAR – Penduduk di Kampung Kandang Hilir di sini gempar apabila menemui satu objek dipercayai bom di kawasan semak berhampiran rumah mereka, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu berhubung penemuan objek dipercayai bom sekitar sekitar jam 7.02 malam pada Sabtu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar telah dihantar ke lokasi dan pengadu telah membawa polis ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.

“Kawasan tersebut kemudian ditutup serta-merta bagi tujuan keselamatan sebelum Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Cawangan Persenjataan IPD Kuala Kangsar tiba untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Hasil pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom mendapati objek berkenaan merupakan sebutir bom mortar 60 milimeter (mm) jenis practice innert, yang digunakan untuk tujuan latihan.

“Bom itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan dan selamat untuk dipindahkan,” ujarnya.

Tambah beliau, objek tersebut kemudiannya dibawa ke pengkalan Unit Pemusnah Bom IPK Perak untuk tindakan lanjut.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau mengalihkan sebarang objek mencurigakan yang ditemui, sebaliknya segera melaporkan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja lemas ketika cuba ambil tali pancing – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI