Bomba bantu angkat jenazah remaja 200 kg

PARIT BUNTAR – Pasukan bomba membantu mengangkat jenazah remaja lelaki seberat lebih 200 kilogram (kg) untuk diuruskan polis di sebuah rumah di aras satu Kuaters Pendidikan Parit Buntar, pada Rabu.

Khidmat jentera unit beruniform itu digunakan susulan jenazah berusia 19 tahun itu mengalami masalah obesiti.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pihak polis berhubung kejadian itu pada jam 9.56 malam.

Katanya, sejurus selepas itu tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar diatur gerak ke lokasi.

“Polis memerlukan bantuan pihak bomba untuk mengangkat jenazah (keluar dari rumah) tersebut bagi tujuan proses bedah siasat.

“Pasukan bomba melaksanakan ‘size-up’ dan membantu mengangkat jenazah tersebut bersama ahli keluarga sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Noor Anis Ayuliani Abdul Aziz itu tamat pada jam 10.32 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba guna 1.2 tan metrik serbuk kayu bersih tumpahan minyak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI