Bomba berjaya kawal kebakaran bukit 10 hektar

GERIK – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya mengawal kebakaran hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pemadaman yang mula dijalankan pada Ahad lalu itu berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.30 pagi Selasa.

Kebakaran bomba JPBM Perak Sabarodzi Nor Ahmad kebakaran bukit gerik POS UPP JRTB 10 hektar sisa kebakaran
Pasukan bomba sedang melakuan pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran hutan bukit di Gerik. Foto JBPM

Katanya, kerja-kerja pemadaman yang diteruskan pada hari ketiga itu melibatkan kekuatan 25 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik serta lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ujar beliau, lokasi kebakaran dianggarkan terletak kira-kira 8 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) yang mana ia melibatkan laluan denai dan lereng bukit.

Kebakaran bomba JPBM Perak Sabarodzi Nor Ahmad kebakaran bukit gerik POS UPP JRTB 10 hektar sisa kebakaran
Pasukan bomba sedang melakuan pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran hutan bukit di Gerik. Foto JBPM

“Kenderaan pacuan empat roda tidak dapat akses ke lokasi disebabkan struktur tanah yang berlubang dan dalam, serta pokok tumbang menghalang laluan denai.

“Sisa kebakaran dianggarkan berkeluasan lebih kurang 1 hektar membabitkan beberapa titik panas yang masih terdapat lagi api dan kepulan asap.

“Bantuan unit helikopter JBPM tidak dapat dilaksanakan pada hari ini atas faktor pesawat digunakan untuk operasi kes api hutan di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Pasukan bomba sedang melakuan pemeriksaan dan pemadaman sisa kebakaran hutan bukit di Gerik. Foto JBPM

Menurut Sabarodzi , ketika ini kerja-kerja tinjauan di lokasi kebakaran masih giat dijalankan bagi memastikan sisa api dipadamkan sepenuhya.

“Operasi masih diteruskan bagi memadamkan tunggul kayu dan bara yang tersisa. Situasi cuaca redup dengan tompokan awan serta sedikit berangin,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba padam kebakaran hutan 4 hektar di Gerik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI