Bomba giat padam kebakaran hutan 4 hektar di Bukit Berekeh

SUNGAI SIPUT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat melakukan operasi pemadaman kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas 4.05 hektar di Bukit Berekeh di Kampung Kampung Bawong, sejak Ahad.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, BBP Kuala Kangsar dan BBP Ipoh kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kebakaran hutan secara bertompok-tompok itu berlaku di puncak Bukit Berekeh.

“Operasi pemadaman kebakaran itu memerlukan anggota bomba mendaki hampir sejam dari kaki bukit bagi sampai ke lokasi kebakaran, dengan pemadaman dilakukan menggunakan lima unit pemerap api,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Kebakaran hutan Bukit Berekeh Bomba Perak, JBPM Perak, kebakaran hutan Sungai Siput, kebakaran Bukit Berekeh, pemadaman kebakaran hutan, berita Perak, kebakaran hutan Malaysia
Pasukan bomba sedang giat melakukan operasi pemadaman kebakaran hutan bertompok-tompok melibatkan kawasan seluas 4.05 hektar di Bukit Berekeh di Kampung Kampung Bawong, Sungai Siput. Foto JBPM Perak

Menurut Shazlean, operasi berkenaan diteruskan pada pagi Isnin dengan melibatkan pasukan pertama terdiri daripada enam anggota bomba, seorang anggota bomba komuniti dan ilma anggota anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi melakukan tinjauan dan pemadaman.

Kata beliau, pasukan kedua terdiri daripada empat anggota BBP Simpang Pulai dan dua anggota BBP Sungai Siput turut diatur gerak ke lokasi untuk melakukan operasi sama.

“Manakala pasukan ketiga yang membabitkan tiga anggota bomba dari BBP Sungai Siput dan sembilan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diatur gerak untuk membantu operasi pemadaman di dua sektor, sekitar jam 9.30 pagi.

“Pada masa sama, helikopter AW189 dari Pangkalan Udara Subang turut berlepas ke lokasi bagi membantu operasi pemadaman kebakaran hutan dari udara,” jelasnya.

Shazlean memberitahu, operasi berkenaan membabitkan keseluruhan kekuatan 25 anggota bomba, APM (lima), RELA (sembilan) dan bomba komuniti (seorang).

Operasi berkenaan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Shamsul Othman dan dibantu Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Azhar Zam Hashari. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba padam kebakaran hutan 4 hektar di Gerik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI