Bomba selamatkan dua lelaki sesat turun Bukit 300

LUMUT – Keseronokan beriadah bersempena cuti perayaan Hari Krismas bertukar sebaliknya apabila dua lelaki tersesat ketika sedang menuruni Bukit 300, Kampung Teluk Batik, dekat sini, pada Rabu.

Mangsa dikenali sebagai M Kabilen dan D Viegnesh, masing-masing berusia 24 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 7.15 malam.

Katanya, sejurus selepas itu 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi pada jam 7.28 malam, pasukan bomba mendapati dua mangsa telah tersasar daripada laluan trek semasa dalam perjalanan menuruni Bukit 300.

“Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil dan dapat dihubungi menggunakan talian telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Menurut Sabarodzi, pasukan bomba berjaya menemukan dua lelaki berkenaan pada jarak 5 kilometer dari kaki bukit.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan lanjut tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas kedua-dua mereka.

“Mereka hanya sedikit lemah, namun masih boleh berjalan menuruni bukit bersama anggota bomba. Mereka kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (TBK), Mohd Faizal Saad itu tamat pada jam 11.55 malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Wanita sesat ketika daki Bukit Batu Putih sendirian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI