Bomba selamatkan kanak-kanak setahun terkunci dalam kereta

TAIPING – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun yang terkunci dalam kereta berhampiran sebuah pasar raya di Kawasan Perindustrian Kamunting 3, Kamunting Raya dekat sini, pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari.

Katanya, sejurus selepas itu sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping diatur gerak dan tiba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba mendapati kereta jenis Honda telah terkunci secara automatik sewaktu bapa mangsa sedang membuka khemah untuk berniaga.

“Susulan daripada itu kanak-kanak perempuan berkenaan telah terkunci dari dalam kenderaan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Ujar Sabarodzi, anggota bomba yang berada di lokasi kemudian menggunakan peralatan khas sehingga pintu berjaya dibuka bagi membawa keluar mangsa.

Difahamkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (TBK), T Ramachandran tamat pada jam 1.15 tengah hari. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

11 terkandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI