Bomba selamatkan lelaki pengsan di Bukit 300

MANJUNG – Seorang lelaki yang pengsan di atas Bukit 300, Teluk Batik, di sini diselamatkan pasukan bomba pada petang Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 4.42 petang berhubung terdapat seorang lelaki pengsan di atas bukit tersebut.

Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Manjung dikejarkan ke lokasi berkenaan sampai tiba pada jam 4.52 petang.

“Kami mendapat panggilan kecemasan memaklumkan seorang lelaki berusia lingkungan 18 tahun pengsan ketika mendaki bukit itu.

“Mangsa terbabit ditemukan dalam keadaan pengsan di atas bukit tersebut oleh pasukan bomba.

“Kemudian, pasukan bomba yang melibatkan lapan anggota itu membawa mangsa turun menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Sabtu.

Katanya, mangsa diserahkan kepada petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zul Iqmal Ayub itu tamat pada jam 5.28 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bas ekspres dua tingkat terbakar, 17 penumpang berdepan detik cemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI