Bot nelayan tempatan, tiga kru asing ditahan

BAGAN SERAI – Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ditahan di perairan Negeri Perak selepas didapati menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran, pada Khamis.

Bot kelas B itu ditahan ketika berada di kedudukan 7.9 batu nautika barat dari Kuala Terong, Kuala Kurau, dekat sini, pada jam 1.50 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil Othman berkata, hasil pemeriksaan rutin pihaknya mengesat bot berkenaan dan mendapati ia dikendalikan tiga kru asing warga Myanmar, termasuk seorang tekong.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, bot terbabit tidak diusahakan sendiri dan menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, selain kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua nelayan ditahan, sementara bot dan hasil tangkapan bersama peralatan menangkap
ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia
untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd Hairil berkata, susulan itu kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran.

Tambah beliau, komuniti maritim digesa untuk sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim tahan nelayan tangkap bilis luar kawasan dibenarkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI