Buah tangan produk babi dari Macau dirampas MAQIS

IPOH – Niat seorang warga tempatan membawa pulang produk hasilan babi dari Macau sebagai buah tangan tidak kesampaian apabila dirampas Ketika masuk ke negara ini 11 Julai lalu.

Difahamkan lelaki berusia 40an itu berhasrat menghadiahkan produk berkenaan kepada ahli keluarganya namun tidak mengetahui bahawa daging babi dilarang dibawa masuk ke Malaysia tanpa sebarang permit.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Perak, Mohd Noor Hashim berkata, produk tersebut dirampas di pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini.

“Produk hasilan babi yang dianggarkan bernilai RM 2,000 itu ditahan hasil daripada pemeriksaan hand carry yang dilakukan oleh pegawai MAQIS di pintu masuk tersebut.

“Pemeriksaan mendapati produk hasilan babi yang dibawa masuk tidak mempunyai permit import MAQIS yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, meskipun nilai rampasan rendah namun risiko kemasukan penyakit terutamanya ‘African Swine Fever’ atau dikenali sebagai demam babi Afrika melalui produk yang disita boleh menjejaskan industri perternakan haiwan di negara kita.

Jelas beliau, kemasukan perlu mematuhi syarat yang ditetapkan seperti mempunyai permit import MAQIS.

“Semua barang rampasan tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh disabitkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

“Akta 728 diperkuatkuasakan bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang di import ke negara ini bebas dari ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Guna label sayur seludup daging anak babi sejuk beku

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI