Budak perempuan saksi ibu maut ditikam bapa ditempatkan di HRPB

PARIT – Kanak-kanak 12 tahun yang menyaksikan kejadian ibunya dibunuh bapa di Kampung Simee, Ipoh pada Rabu sedang ditempatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, justeru itu JKM sedang melakukan pemantauan terhadap kanak-kanak perempuan itu bagi tindakan lanjut.

Katanya, jabatan itu juga kini sedang menunggu laporan perubatan bagi mengenalpasti sama wujud atau tidak kecederaan luaran mahupun dalaman yang dialami kanak-kanak itu susulan kejadian terbabit.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyantuni usahawan ketika Program Open Mic With Kak Sal bersama usahawan di Black Caravan, Seri Iskandar, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

“Kita akan melihat kepada keperluan sama ada perlu atau sebaliknya diadakan sesi kaunseling terhadap kanak-kanak perempuan itu. Namun perkara utama ketika kini adalah soal keselamatan dan kesihatan mangsa.

“Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan, (kebiasaannya) kanak-kanak itu akan disusuli dengan sesi kaunseling oleh JKM untuk kita adakan pemulihan daripada sudut psikologi dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Open Mic With Kak Sal Bersama Usahawan di Restoran The Black Caravan, Seri Iskandar, dekat sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Salbiah memberitahu, JKM juga kini sedang mengenal pasti ahli keluarga terdekat bagi penempatan semula kanak-kanak itu.

Walau bagaimanapun ujar beliau, beberapa kriteria perlu diambil kira sebelum diputuskan termasuk dari segi kesanggupan untuk menjaga mangsa.

Salbiah berkata, selain datuk dan nenek keluarga mendiang ibunya, kanak-kanak perempuan itu mempunyai adik-beradik lain yang berada di luar Ipoh.

Ibu suami maut ditikam dipukul hospital exco perak Datuk Salbiah Mohamed JKM ipoh kampung kanak-kanak perempuan
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika Program Open Mic With Kak Sal bersama usahawan di Black Caravan, Seri Iskandar, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

“Kita juga hendak lihat dari segi keselamatan kanak-kanak tersebut, yang mana kita tidak boleh secara mudah lepaskan dia walaupun (kepada) saudara (sendiri).

“Jika kita lihat saudara kanak-kanak itu sendiri pun tak boleh hendak menjaga, kita akan ambil tindakan untuk meletakkan di bawah pusat JKM.

“Namun, setakat ini yang saya dimaklumkan oleh JKM nampak seperti datuk dan nenek (sebelah ibu) dia hendak ambil tanggungjawab (menjaga mangsa),” katanya lagi.

Pagi tadi media melaporkan, lelaki yang memukul dan menikam isterinya sehingga maut di kediaman di Kampung Simee direman selama tujuh hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 56 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Farah Nabihah Muhamad Dan di Mahkamah Majistret Ipoh.

Pada Rabu, media melaporkan seorang wanita maut dalam pertengkaran dengan suaminya dengan kejadian disaksikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, mangsa berusia 48 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman pada bahagian dada dan kecederaan di kepala. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Suami pukul, tikam isteri hingga maut direman seminggu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI