‘Bukan mudah nak dapat, tak wajar jual tanah’

TANJUNG MALIM – Selepas lebih puluhan tahun menanti, seramai 42 orang peserta FELCRA Seri Gala di Slim River, dekat sini menerima geran hak milik masing-masing, pada Sabtu.

Nur Rusnani Ismail, 67, hadir mewakili suaminya, Samsuri Mohamed, 71, yang uzur akibat strok, menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan perolehan geran hak milik itu sebagai hadiah yang paling bermakna.

geran hak milik FELCRA Slim River peserta FELCRA Seri Gala, geran tanah FELCRA Perak, FELCRA Slim River, tanah FELCRA hak milik, FELCRA Perak 2025, kerajaan negeri Perak
Penerima geran hakmilik peserta FELCRA Seri Gala, Nur Rusnani Ismail, 67. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Justeru katanya, tanah yang dimiliki akan dimanfaatkan sebaik mungkin selain mengingatkan peserta lain agar tidak sewenang-wenangnya menjual kepada pihak lain.

“Tanah ini adalah harta yang suami isteri yang kami cari bersama-sama. Dan dalam hendak menantikan geran ini ia memakan puluh tahun.

“Usaha kita dalam hendak mendapatkan geran ini bukan kerja mudah, dan oleh sebab itu saya merasakan tidak wajar jika ia dijual kepada orang lain,” katanya.

geran hak milik FELCRA Slim River peserta FELCRA Seri Gala, geran tanah FELCRA Perak, FELCRA Slim River, tanah FELCRA hak milik, FELCRA Perak 2025, kerajaan negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berswafoto bersama orang ramai ketika hadir ke Majlis Perasmian Karnival Muallim F.A.M.E. 2025 dan Majlis Penyampaian Geran Hakmilik Peserta FELCRA Seri Gala di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Tambah Nur Rusnani, dia bercadang untuk terus mengusahakan tanah berkeluasan sekitar dua hektar itu dengan bimbingan serta pengurusan pihak FELCRA.

Sementara itu, Masli Malek, 63, berkata, perasaan gembiranya bercampur dengan rasa pilu tatkala mengenangkan dia masih diberi kesempatan untuk merasai memiliki geran hak milik tanah selepas lebih 20 tahun menanti.

geran hak milik FELCRA Slim River peserta FELCRA Seri Gala, geran tanah FELCRA Perak, FELCRA Slim River, tanah FELCRA hak milik, FELCRA Perak 2025, kerajaan negeri Perak
Penerima geran hakmilik peserta FELCRA Seri Gala pada majlis Perasmian Karnival Muallim F.A.M.E. 2025 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

“Dalam perasaan gembira ini, saya rasa sedih apabila teringat akan rakan-rakan yang bersama-sama usahakan tanah FELCRA telah meninggal dunia.

“Saya masih ingat ada salah seorang arwah rakan sempat bercakap ‘bila kita nak dapat geran?’ sebelum dia pergi.

“Dan pada saat ini saya bersyukur apabila masih dikurniakan umur yang panjang untuk merasa ada geran hak milik tanah sendiri,” katanya dengan sebak.

geran hak milik FELCRA Slim River peserta FELCRA Seri Gala, geran tanah FELCRA Perak, FELCRA Slim River, tanah FELCRA hak milik, FELCRA Perak 2025, kerajaan negeri Perak
Penerima geran hakmilik peserta FELCRA Seri Gala, Masli Malek 63, sebak ketika ditemubual Malaysia Gazette di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Mereka ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak selepas Majlis Perasmian Karnival Muallim F.A.M.E. 2025 dan Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Peserta FELCRA Seri Gala di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Slim River, pada Sabtu.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan geran hakmilik peserta FELCRA Seri Gala pada majlis Perasmian Karnival Muallim F.A.M.E. 2025 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Saarani berkata, para peserta FELCRA yang menerima geran hak milik diingatkan untuk tidak menjual tanah masing-masing, sebaliknya memanfaatkan sepenuhnya rezeki yang diperoleh.

“Selepas dapat hak milik ini, jaga dengan baik serta memanfaatkan sebaik mungkin sebagai sumber rezeki dengan bercucuk tanam dan sebagainya,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Geran pemadanan bantu pesawah miliki kilang proses padi skala kecil

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI