Buli? WARDEN ASKAR Tolong Pantau!

Semakin dunia melangkah menuju era kemajuan dan pembinaan tamadun yang tinggi, masih wujud fenomena yang merendahkan martabat kemanusiaan tidak lagi berlaku secara terpencil, malahan semakin marak dilaporkan di media massa dan media sosial. Antara isu yang paling membimbangkan adalah peningkatan kes buli, terutamanya di kalangan pelajar. Berilmu tanpa akhlak akan menghancur batas kemanusiaan.

Pelantikan bekas anggota tentera sebagai warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau diyakini mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa mengenai keselamatan anak-anak mereka di asrama, sekali gus menangani kebimbangan terhadap isu buli.

Seramai tiga warden dengan latar belakang tentera kini ditempatkan di empat blok asrama yang menempatkan kira-kira 600 pelajar lelaki dan perempuan.

Bertugas dari jam 10 malam hingga 7 pagi dengan mengawasi aktiviti pelajar, warden profesional ini lebih memberi fokus kepada aspek pemantauan disiplin, keselamatan, kebersihan serta keceriaan asrama. Berperanan sebagai ibu bapa yang mendidik, bukan menghukum.

Penglibatan MRSM Balik Pulau sebagai perintis bersama MRSM Besut memberi peluang untuk membuktikan keberkesanan model baharu itu sebelum diperluaskan ke institusi lain. Sekaligus dapat membina generasi tanpa buli, masa hadapan tanpa trauma.

Tiga pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli (tengah), Zulkhairi Ismail (kanan) dan Noraziah Baharudin meneliti kertas kerja sebelum memulakan tugasan sebagai warden sepenuh masa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Suasana sekitar asrama lelaki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.

Pesara tentera, Zulkhairi Ismail, 40, memperkenalkan diri kepada pelajar sebagai warden sepenuh masa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, menyantuni pelajar-pelajar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Noraziah Baharudin, 45, memeriksa kawasan luar perkarangan asrama perempuan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa melakukan rondaan rutin di asrama lelaki ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Zulkhairi Ismail, 40, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa melakukan rondaan rutin di asrama lelaki ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pengawasan berterusan setiap blok asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau dipantau melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan warden bertugas demi kesejahteraan pelajar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Zulkhairi Ismail, 40, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa melakukan rondaan rutin di asrama lelaki ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Suasana sekitar asrama lelaki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, yang kini diberi amanah sebagai warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, tekad mendidik dan membimbing pelajar demi melahirkan generasi berdisiplin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Zulkhairi Ismail, 40, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa melakukan rondaan rutin di asrama lelaki ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Zulkhairi Ismail, 40, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa menutup pintu asrama lelaki ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pelajar perempuan menyiapkan diri di asrama sebelum ke kelas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Pesara tentera, Noraziah Baharudin, 45, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa melakukan rondaan di asrama perempuan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Tiga pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli (kiri), Noraziah Baharudin (tengah) dan Zulkhairi Ismail (kanan) meneliti memulakan tugasan sebagai warden sepenuh masa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Suasana sekitar asrama lelaki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Ketua Guru Asrama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Kamal Ihsan Kamaruzaman melakukan rutin harian sebagai guru dan warden ketika ditemui di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI