Bunuh kucing: Pemberi maklumat ditawar ganjaran RM10,000

KUALA LUMPUR- Pemberi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu yang bertanggungjawab memotong anggota badan kucing di Universiti Malaya (UM) ditawarkan ganjaran RM10,000.

Persatuan Pencinta Haiwan Selangor (SPCA) dalam kenyataan berkata, kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan itu bukan sahaja mengerikan dan menyayat hati tetapi juga satu perbuatan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015.

“Kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama kita memastikan keadilan untuk haiwan yang tidak bersalah ini dan mencegah tragedi masa depan.

“Walaupun punca sebenar perbuatan kejam itu tidak diketahui, insiden itu menekankan keperluan untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Sama ada kecederaan berpunca daripada tindakan manusia atau interaksi haiwan sesat, adalah penting untuk menentukan fakta dan melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah bahaya selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Sebelum itu, akhbar melaporkan selepas lima kucing dilaporkan mati didakwa dibunuh di Universiti Malaya (UM), seekor lagi bangkai kucing ditemukan berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan.

Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) memaklumkan, bukan itu saja, seekor anjing turut dilaporkan mati dengan diperlakukan jenayah sama.

Chin berkata, perkara ini perlu disiasat dari semua sudut supaya dapat menangani punca utama iaitu sama ada kekejaman manusia atau pengurusan haiwan liar yang tidak mencukupi.

“Kempen ganjaran ini terbukti berkesan dalam menangani kekejaman terhadap haiwan. Inisiatif sama di Pulau Pinang berjaya menghentikan kejadian keracunan dan ganjaran RM10,000 di UM bertujuan untuk menggalakkan pemberi maklumat, mencegah kejadian di masa hadapan dan meningkatkan kesedaran.

“SPCA juga menggesa komuniti UM untuk terus memantau dan melaporkan aktiviti mencurigakan,”katanya.

Sebarang maklumat yang ingin dikongsi secara sulit boleh berhubung di talian 011-51189716 atau enquiries@spca.org.my. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI