Buruh Bangladesh maut: Kerja pembinaan dihentikan serta merta

IPOH – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah memaklumkan kepada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak susulan kejadian pekerja warga asing maut akibat terjatuh di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Bandar Meru Raya, di sini pagi tadi.

Perkeso dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, JKKP Perak juga telah ke lokasi kejadian bagi membuat penilaian awal berhubung kemalangan ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal yang diterima, seorang pekerja warga Bangladesh berusia 44 tahun sedang melakukan kerja-kerja binaan di Blok E bangunan tersebut sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut sekitar jam 9 pagi.

“Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut untuk siasatan lanjut,“ katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Dalam masa sama, Perkeso berkata, kerja-kerja pembinaan di lokasi blok terbabit dihentikan serta-merta sehingga hasil siasatan JKKP selesai.

Terdahulu media melaporkan, seorang buruh warga asing maut selepas dipercayai terjatuh dari kerangka besi setinggi lapan meter di kawasan tapak pembinaan dekat Taman Meru Raya, Bandar Meru Raya di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan   berkata, lelaki warga Bangladesh itu dipercayai terjatuh sewaktu melakukan kerja di tapak pembinaan tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Buruh Bangladesh maut jatuh dari kerangka besi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI