Cadang bina galeri khas VAT 69 Komando di Lenggong

LENGGONG – Sebuah galeri khas dicadangkan dibina di sini, bagi memperingati perjuangan pasukan unit 69 Komando (VAT 69).

Lokasi tersebut dipilih kerana daerah Lenggong dan Hulu Perak antara kawasan yang mempunyai nilai sejarah tempat pertempuran pasukan terbabit ketika memerangi pengganas komunis.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, cadangan itu dikemukakan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sewaktu mengadakan lawatan ke reruai pameran sempena program Pelancongan Warisan dan Patriotik Festival Lenggong Perak 2024 hari ini.

“Tadi semasa lawatan reruai bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ada memberi cadangan kepada Datuk (Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando merangkap Pengasas Amazing Camp Legacy, Datuk Abd Rashid Harun) boleh dipertimbangkan untuk bina sebuah galeri khas VAT 69.

Cadang bina galeri khas memperingati perjuangan VAT 69 Komando di Lenggong
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa pada sidang media majlis perasmian Program Pelancongan Warisan dan Patriotik Festival Lenggong Perak 2024 di Dewan Merdeka, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 OGOS 2024.

“Kami akan bincang secara teliti mengenai cadangan tersebut dan ini akan menjadi  elemen penting kerana Lenggong dalam proses untuk dijadikan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dalam tempoh terdekat.

“Panel yang terbabit akan melihat ada elemen bercirikan pelancongan dengan istilah meluaskan untuk mendapatkan pengiktirafan global itu,” katanya pada sidang media selepas perasmian program Pelancongan Warisan dan Patriotik Festival Lenggong Perak 2024 di Dewan Merdeka Lenggong di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Abd Rashid berkata, galeri khas itu penting dan akan menjadi tarikan kepada pelancong yang singgah di Lenggong.

“Bila ada galeri, mesti ada penjagaan. Kami ada kem di sini yang hidup dengan pelbagai aktiviti perkampungan survival (ikhtiar hidup) dan patriot trail (jejak patriot) yang akan jadi salah satu tarikan yang baik kepada pelancong.

Cadang bina galeri khas memperingati perjuangan VAT 69 Komando di Lenggong
Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando merangkap Pengasas Amazing Camp Legacy, Datuk Abd Rashid Harun pada sidang media majlis perasmian Program Pelancongan Warisan dan Patriotik Festival Lenggong Perak 2024 di Dewan Merdeka, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 OGOS 2024.

“Kalau ada veteran di sini mudah untuk menjalankan aktiviti dan menjaga galeri itu tanpa perlu melibatkan orang lain. Kakitangan kita boleh jaga (galeri) itu,” jelasnya.

Terdahulu, Saarani merasmikan program Pelancongan Warisan dan Patriotik Festival Lenggong Perak 2024 yang berlangsung selama tiga hari sebagai acara pembuka kepada sambutan kemerdekaan ke-67 tahun ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak anjur program pelancongan warisan dan patriotik pertama di Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI