Cadang tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan – Exco

KAMPAR – Kerajaan Negeri Perak mencadangkan supaya tempoh bagi proses pendaftaran dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilanjutkan.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, setakat ini, hanya 590,000 orang daripada 1.8 juta penduduk Perak yang layak untuk mengisi sistem itu.

Menurutnya, pelbagai pihak memainkan peranan penting dalam usaha pendaftaran PADU namun masih terdapat segelintir masyarakat terutamanya yang tinggal di pedalaman agak sukar untuk mendaftar kerana terdapat beberapa kekangan.

“Di peringkat kerajaan kakitangan tidak cukup dan kita memerlukan sukarelawan kerana dan perlu melibatkan pelbagai agensi bagi menjalankan proses pendaftaran tersebut.

“Jadi, saya berharap pihak kerajaan Persekutuan melanjutkan tempoh untuk proses (pendaftaran PADU) ini kerana negeri-negeri lain juga menghadapi masalah yang sama bukan sahaja di Perak,” katanya ketika ditemui di Kampung Changkat Belulang, di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini media melaporkan, seramai 6.34 juta atau 29 peratus daripada 30.08 juta rakyat sudah mengemas kini data di sistem PADU setakat semalam.Ads by

Berdasarkan status dimuat naik di laman sosial Kementerian Ekonomi, Selangor merekodkan 970,000 individu mengemas kini data, manakala Sarawak (770,000), Johor (650,000), Perak (590,000), Sabah (550,000) dan Kedah (450,000). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Individu tidak kemas kini PADU mungkin tercicir terima bantuan, subsidi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI