Cadangan kawasan khas merokok belum muktamad – Dzulkefly

KUALA LUMPUR – Syor untuk mewujudkan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit belum muktamad.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pihaknya sentiasa terbuka menerima pelbagai syor dan pandangan berkenaan cadangan tersebut.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan libat urus dengan pemilik premis dan penjaja untuk mendengar pelbagai pandangan dan cadangan terhadap syor berkenaan.

“Itu adalah asal pandangan kami. Kita adakan libat urus dengan lebih 30 pemilik premis dan penjaja. Kalau ia diminta kami akan pertimbangkan dan kita lihat praktikaliti, kemunasabahan perkara itu dilakukan. Maksudnya kami mendengar tidak terlalu rigid,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Codex Mengenai Minyak dan Lemak (CCFO) Sesi Ke-28.

Katanya lagi, hasil pemerhatiannya sendiri suasana premis makanan yang sempit dan terbuka menjadikan keadaan tidak selesa untuk individu yang terhidu bau atau asap rokok.

“Cumanya kalau kita mahukan pelaksanaan tiga meter kelonggaran untuk merokok dilaksana kita perlu beri ruang untuk ia dilaksanakan memandangkan kepada Jalan Alor Bukit Bintang (contohnya) saya turun padang lihat sendiri adalah hampir mustahil untuk kita laksana tiga meter.

“Jadi bagi mereka yang mahu merokok di situ beberapa jam jadi kami boleh pertimbangkan kewujudan ruang merokok kita akan pertimbangkan sebaiknya dan ini juga tidak tertakluk hanya pada jalan Alor tetapi mana-mana pun situasi yang mempunyai kekangan melaksanakan ruang kami akan pertimbangkan dengan syarat yang sangat ketat,” katanya lagi.

Baru-baru ini dilaporkan, KKM mempertimbang untuk memperkenal kawasan khas merokok berhampiran premis makanan yang berada berdekatan.

Mengambil contoh premis makanan di Jalan Alor, Bukit Bintang dzulkifly sebelum ini berkata penekanan diberi kepada keperluan untuk ruang ditetapkan seperti dilakukan di Singapura dan Jepun.

Namun, cadangan tersebut ditentang segelintir pihak yang berpendirian ia seolah-olah menunjukkan kerajaan ‘memberi muka’ kepada golongan perokok.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI