Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik dibentang Isnin depan

TANJUNG MALIM – Kerajaan Perak akan membentangkan kertas Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rekod Elektronik dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Isnin depan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, ia susulan cadangan larangan penjualan rokok elektronik atau vape yang diusulkan sebelum ini.

“Perkara ini telah lama orang bertanya kepada saya adakah kita (kerajaan negeri) hendak haramkan atau tidak (vape) dan sudah sampai masanya kita akan bentangkan kertas kerja tersebut untuk perbincangan.

“Sebagai pandangan peribadi, saya tidak ada masalah untuk menerima cadangan ini. Bagaimanapun, kita kena ambil keputusan dalam MMK Negeri kali ini.

“Kalau kita memutuskan untuk haramkan (vape), maka kita akan menjadi negeri kelima di Malaysia yang melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Bersama Komuniti Muallim dengan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Slim River Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2025 di Hospital Slim River, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Hospital Slim River, Dr Farah Fathiyah Zulzaha dan Pengerusi ALPH Slim River, Mohamad Shahrir Shafiae.

Sivanesan berkata, cadangan pengharaman di peringkat negeri berbeza dengan langkah yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana bidang kuasa adalah tidak sama.

“Pada masa yang sama, KKM juga telah mengkaji tindakan kita (kerajaan negeri) haramkan (vape) dengan pihak kementerian mengharamkan (vape) adalah dua perkara berbeza dari sudut kita.

“Kita hanya haramkan tempat jualan rokok elektronik sebab lesen untuk penjualan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Jadi, kita jangan bagi lesen dan dia (peniaga) tidak boleh jual, kalau dia jual boleh ambil tindakan.

“Apa yang kerajaan Persekutuan buat adalah dia sudah ada akta dan dia kena pinda keseluruhan akta itu, jadi itu adalah satu tugas yang besar.

“Peguam Negara perlu campur tangan dan itu akan ambil masa, tetapi kita memutuskan kita tidak boleh terus mengharamkan sepenuhnya di Perak kerana ia memerlukan sedikit masa,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan, kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang memuktamadkan kertas kerja bagi mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di seluruh negeri bermula Oktober ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak sedang memuktamadkan kertas kerja pelaksanaan larangan vape

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI