IPOH – Memasang pelita panjut yang dinyalakan dengan minyak tanah merupakan sebahagian tradisi masyarakat Melayu di kampung-kampung tatkala Ramadan memasuki 10 malam terakhir.
Seiring dengan perubahan zaman, cahaya tradisi di desa yang dikenali sebagai menyambut ‘malam tujuh likur’ semakin malap apabila masyarakat mula berhijrah ke bandar.
Pelita panjut sinonim dengan budaya masyarakat Melayu setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil “Malam Tujuh Likur”, komuniti Cina dan India di kawasan itu sanggup turun padang membuat persiapan. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 MAC 2025.

Atas dasar mahu terus mengekalkan tradisi itu, penduduk Medan Klebang Pertama, dekat sini mengambil inisiatif menyalakan pelita panjut di kawasan perumahan berkenaan.
Kilauan cahaya itu lebih indah apabila ia turut disertai dan diraikan penduduk daripada komuniti Cina dan India yang juga bersama-sama membantu membuat persiapan sejak lebih tiga minggu lalu.
Pengerusi Persatuan Penduduk Medan Klebang Pertama, Muhammad Khalish Nantha Rajendran berkata, melalui usaha itu sebanyak 500 pelita panjut dipasang termasuk menggunakan 40 batang buluh membabitkan laluan sepanjang 30 meter.
Pelita panjut sinonim dengan budaya masyarakat Melayu setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil “Malam Tujuh Likur”, komuniti Cina dan India di kawasan itu sanggup turun padang membuat persiapan. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 MAC 2025.
Katanya, selain pelita buluh tradisional, terdapat dekorasi pelita panjut yang disusun dan membentuk perkataan ‘Madani’ serta ‘Salam Aidilfitri Pertama’ menghiasi Jalan Persiaran Klebang Pertama itu.
“Kita menganjurkan acara ini antara lain untuk mengembalikan suasana malam tujuh likur yang lazimnya meriah di sambut di kampung-kampung.
“Kita mahu tunjukkan kepada anak-anak dan generasi muda di kawasan perumahan ini tentang tradisi yang pernah kita sambut ketika sewaktu kecil dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di Medan Klebang Pertama, dekat sini, baru-baru ini.
Menurut Muhammad Khalish, perumahan itu baru sahaja dibuka tiga tahun lalu dengan jumlah penduduk sekitar 500 orang.
Namun ujar beliau, semangat perpaduan merentas fahaman agama dan latar belakang bangsa juga berjaya diterjemah melalui penganjuran Pesta Panjut X Piknik Moreh itu.
“Dianggarkan lebih RM3,000 telah dibelanjakan bagi perhiasan pelita panjut ini. Namun, apa yang penting adalah sumbangan tenaga dan masa setiap individu dalam persatuan bagi menjayakan apa yang diusahakan ini,” katanya lagi.
Sementara itu, penduduk, Krish Kirbagaren, 30, yang pertama kali merasai pengalaman meraikan pesta pelita panjut berkata di berbangga kerana dapat menyumbang tenaga dengan menyediakan bekas-bekas buluh untuk dijadikan panjut buluh.
Katanya, acara itu dilihat berjaya mengeratkan hubungan kejiranan daripada pelbagai kaum dan secara tidak langsung menyemarakkan lagi semangat kebersamaan.
“Seumur hidup ini kali pertama saya dapat sertai dan melihat kemeriahan acara pemasangan pelita panjut.
“Memang saya rasa seronok apabila melihat kita semua di sini seperti satu keluarga,” jelasnya.
Pelita panjut sinonim dengan budaya masyarakat Melayu setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil “Malam Tujuh Likur”, komuniti Cina dan India di kawasan itu sanggup turun padang membuat persiapan. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 MAC 2025.
Pada masa sama, penduduk, Liew Kin Kong, 51, turut tidak melepaskan peluang membantu menjayakan Pesta Panjut X Piknik Moreh di Medan Klebang Pertama.
Dia yang baru berpindah ke taman perumahan itu sejak setahun lalu berkata, mereka sekeluarga teruja apabila laluan utama ke kawasan kejiranan mereka diterangi cahaya pelita panjut.
Pelita panjut sinonim dengan budaya masyarakat Melayu setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil “Malam Tujuh Likur”, komuniti Cina dan India di kawasan itu sanggup turun padang membuat persiapan. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 MAC 2025.
“Acara ini amat istimewa bagi saya malah saya melihat ia dapat mengeratkan hubungan antara penduduk di sini yang terdiri daripada berbilang kaum.
“Kami sangat senang dikelilingi komuniti yang mementingkan hubungan baik antara kaum. Kami juga aktif ikuti program-program komuniti yang dianjurkan persatuan taman,” katanya lagi. – MG Perak
Artikel Berkaitan: