Calon PRK Ayer Kuning: UMNO kenal pasti enam nama

TAIPING – UMNO mengenal pasti enam nama untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu diputuskan hasil Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Tapah pada Jumaat, bagi ia diangkat dan diputuskan peringkat pimpinan pusat.

Beliau berkata, antara nama yang disenaraikan termasuk Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Ketua Penerangan, Wanita, serta Pemuda.

“Hasil mesyuarat berkenaan, saya diberi mandat daripada mereka untuk menghantar lapan nama (untuk diangkat sebagai calon) kepada Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

“Akan tetapi, daripada lapan nama berkenaan, dua telah memberitahu saya melalui WhatsApp memaklumkan untuk menarik diri. Jadi oleh demikian, setakat ini enam nama yang diterima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn. Bhd. (GEM) di Kawasan Perindustrian Kamunting 3, Kamunting Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Calon PRK Ayer Kuning UMNO Related Keyphrases PRK Ayer Kuning 2024 Calon UMNO PRK Ayer Kuning Pilihan Raya Kecil Perak Senarai calon UMNO PRK PRK DUN Ayer Kuning Saarani UMNO Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menandatangani plak perasmian Kilang Green Excel Manufacturing Sdn Bhd di Taiping, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2025.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, perkara itu selari sebagaimana dalam Fasal 15.13.1 Perlembagaan Parti yang mana UMNO Bahagian perlu mengemukakan nama calon pilihan raya bagi diputuskan di peringkat tertinggi.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak memberitahu, bagaimanapun pihaknya masih belum memuktamadkan senarai nama calon bagi PRK DUN Ayer Kuning yang akan diadakan nanti.

“Perkara ini masih bergantung kepada sebarang kemungkinan jika ada lagi individu yang turut mahu menarik diri daripada dicalonkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Saarani berkata, UMNO sudah pasti akan mengemukakan calon yang menepati kriteria ‘WALI’ iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable).

“Hanya satu nama yang akan diputuskan, sementara yang lain akan bertungkus-lumus membantu calon pada PRK nanti. Justeru kita tidak ada kebimbangan dalam soal calon. Sama ada calon lelaki atau wanita ia sama sahaja,” ujar beliau.

Kekosongan Kerusi DUN Ayer Kuning berlaku selepas penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, PRK DUN Ayer Kuning perlu diadakan memandangkan penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.

Untuk rekod, pada Pada Pilihan Raya UMUM Ke-15 (PRU15), Ishsam mewakili BN menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru melibatkan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Gerakan Tanah Air.

Ishsam dari UMNO memperoleh 9,088 undi diikuti Mohd Nazri Hashim dari Amanah yang mendapat 6,875 undi, Muhammad Noor Farid Zainal dari Pas (6,812 undi), K Bawani dari PSM (586 undi) dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (105 undi). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Notis kekosongan DUN Ayer Kuning diserah secara rasmi kepada SPR

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI