CAP gesa ambil tindakan terhadap MP merokok di Parlimen

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan segelintir Ahli Parlimen yang didapati merokok di kawasan larangan di dalam bangunan Parlimen.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow berkata, tindakan itu dianggap memalukan dan bertentangan dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dan penggubal undang-undang.

Jelasnya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul perlu mengambil tindakan tegas kerana mereka memilih untuk melanggar peraturan meskipun terdapat kawasan khusus disediakan untuk merokok.

“Ahli Parlimen terlibat telah mengingkari Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu.

“Ini adalah satu contoh buruk yang tidak sepatutnya ditunjukkan oleh pemimpin negara. Sebagai wakil rakyat mereka perlu menunjukkan teladan yang baik dan mematuhi undang-undang yang telah disokong sendiri oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah Subbarow, KKM turut digesa mengambil tindakan tegas dengan mengenakan denda maksimum sebanyak RM5,000 di bawah Akta 852 kepada Ahli Parlimen yang didapati melanggar peraturan larangan merokok itu.

“Tindakan segera diperlukan bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang dan menjaga kesihatan awam di kawasan Parlimen,” katanya.

Semalam, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa masih terdapat ahli Parlimen yang tidak menghormati peraturan ditetapkan dengan merokok dalam bangunan Parlimen walaupun larangan telah dikeluarkan.

Beliau membangkitkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul agar kempen tidak merokok juga dilaksanakan seiring dengan amalan mengurangkan gula dalam makanan yang digerakkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI