Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (kiri) meletakkan pelekat pada kenderaan konvoi sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di Dataran Putra Bandar Lumut, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 OGOS 2024.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika melawat reruai pameran pada Majlis Perasmian Bazar Buku Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Perak, pada Khamis. Turut hadir Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 OGOS 2024.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melakukan tinjaun melihat keadaan terkini pembinaan Sunway Ipoh Mall di Sunway Onsen, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 OGOS 2024.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mengunjung ruang Mahkamah Syariah 5 pada Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Taiping, pada Isnin. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JULAI 2024.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ll, Kuala Kangsar, Muhammad Sufi Sufian 11, yang mempunyai bakat melukis pada Majlis Perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024, turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.
Mohd Esa Zahari, 55, menyediakan Gulai Kemahang ketika tinjauan MG Perak di Majlis Apresiasi Makanan Warisan Perak di Teratak Warisan Kampung, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JULAI 2024.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JULAI 2024.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan beramah mesra dengan jururawat ketika melawat Klinik Kesihatan Kuala Kangsar selepas merasmikannya. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JUN 2024.
Para penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan usia ceria menyertai acara menangkap itik pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.
Para petugas Masjid India Muslim Ipoh bergotong-royong menjalankan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha atau Hari Raya Haji yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia hari ini. Sebanyak 159 ekor kambing yang disembelih pada program ibadah korban di sini. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.