Foto - Page 13

MB Perak Pecah Tanah Sunway Ipoh Mall

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melakukan tinjaun melihat keadaan terkini pembinaan Sunway Ipoh Mall di Sunway Onsen, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 OGOS 2024.

Sultan Nazrin Rasmi Bangunan Mahkamah Syariah Taiping

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mengunjung ruang Mahkamah Syariah 5 pada Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Taiping, pada Isnin. Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JULAI 2024.

Sultan Nazrin Rasmi Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia 2024

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ll, Kuala Kangsar, Muhammad Sufi Sufian 11, yang mempunyai bakat melukis pada Majlis Perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024, turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.

Apresiasi Makanan Warisan Perak

Mohd Esa Zahari, 55, menyediakan Gulai Kemahang ketika tinjauan MG Perak di Majlis Apresiasi Makanan Warisan Perak di Teratak Warisan Kampung, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 JULAI 2024.

Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri #PDRM

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Perhimpunan Khas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 JULAI 2024.

Sultan Perak Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan beramah mesra dengan jururawat ketika melawat Klinik Kesihatan Kuala Kangsar selepas merasmikannya. Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JUN 2024.

Suasana Meriah, Gelagat Peserta Karnival Sukan Bendang 2024

Para penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan usia ceria menyertai acara menangkap itik pada Karnival Sukan Bendang 2024 Daerah Perak Tengah di Bendang Pam Senin, Layang-Layang Kanan, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JUN 2024.

Ibadah Korban di Masjid India Muslim Ipoh

Para petugas Masjid India Muslim Ipoh bergotong-royong menjalankan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha atau Hari Raya Haji yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia hari ini. Sebanyak 159 ekor kambing yang disembelih pada program ibadah korban di sini. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 JUN 2024.

Aksi, ragam jemaah haji cilik curi tumpuan

Seramai 780 murid dari 23 cawangan Little Caliphs seluruh Perak menyertai Program Simulasi Haji Cilik atau Little Hajj 2024 di Masjid Negeri Perak, Masjid...

Suasana PAC 2024 Di Resort Tasik Raban, Lenggong

Penganjuran Karnival Agropelancongan Perak (PAC) 2024 yang julung kalinya diadakan di Lenggong, berlangsung selama tiga hari, bermula Jumaat dan berakhir hari ini. Jurugambar MG Perak,...

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak