Pameran motosikal berkuasa tinggi pada majlis perasmian Perak Bike Week 2023 di Silverlakes Village Outlet, di Batu Gajah, Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 DISEMBER 2023.
Pengunjung mengambil peluang membawa ahli keluarga berjalan dan membeli barangan untuk dibawa pulang sempena cuti persekolahan di Concubine Lane, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 DISEMBER 2023.
PELANCONG tempatan dan asing mengunjungi Tasik Cermin, Ipoh di Perak sempena cuti persekolahan dan cuti umum perayaan Krismas.
Tasik ini merupakan antara produk pelancongan yang...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pelajar selepas sesi Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 DISEMBER 2023.
Iman Besar Masjid Tuminah Hamidi selesai membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah Allahyarham Datuk M Daud Kilau di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 DISEMBER 2023.
Pegawai polis, Mohd Nazri Abdul Razak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Mahkamah Ipoh, Perak. Foto BERNAMA, 18 DISEMBER 2023.
Peserta, Ili Aisyah Kadir bersama anaknya, Luna Aqeelah Lokman Hakim 4, menanam anak pokok pada Program Penghijauan Malaysia sempena Banci Pertanian 2024 di Institut Latihan Statistik Malaysia (ISLIM) Sungkai. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 DISEMBER 2023.
Poster yang tertera 'Justice for Muhammad Zaharif Affendi' ditampal pada kawasan pejalan kaki selepas kejadian pegawai polis langgar mati berdepan pertuduhan membunuh ketika tinjauan di sekitar Ipoh, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 DISEMBER 2023.
Ibu mangsa, Mimi Julia Ismail (kanan) tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan gambar anak lelakinya, Muhammad Zaharif Affendi yang maut dalam kemalangan langgar lari di Taman Jati, pada semalam. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 DISEMBER 2023.
Muliadi Taan 52, mendukung anaknya Fakhruddin Muliadi 5, selepas menjalani proses berkhatan pada Majlis Berkhatan Beramai-ramai Madani Parit 2023 sempena cuti sekolah di Klinik Redza, Parit. Foto, ABDULLAH YUSOF 16 DISEMBER 2023.