Foto - Page 2

Program Perarakan Merdeka@PUO 2025

Para pelajar berarak dengan kereta berhias ketika menyertai Program Perarakan Merdeka@PUO 2025 sempena Bulan Kebangsaan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 OGOS 2025.

Sultan Nazrin Rasmi Menara Air Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melawat reruai pameran ibu pejabat baharu Menara Air Perak selepas perasmiannya di Basco Avenue @ Kepayang, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 OGOS 2025.

Suasana Meriah Pentarama Merdeka@HOHO

Artis Budaya Persembahan Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) ketika mengikuti Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di sekitar bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.

Buli? WARDEN ASKAR Tolong Pantau!

Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa menegur pelajar supaya tidur di katil masing-masing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.

Anwar Hadir Karnival Usahawan Tenusu MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan susu kepada anak lembu pada Karnival Usahawan Tenusu MADANI “Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat” di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak, Larut. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OGOS 2025

MB Perak Lancar Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengibarkan Jalur Gemilang ketika acara pelepasan konvoi dan ‘night walk’ pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2025.

Perasmian Jambatan Sultan Muzzaffar Shah

Jambatan Sultan Muzzaffar Shah yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dengan Pekan Manong dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dataran Amanjaya Manong, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2025.

Jalur Gemilang

Kakitangan Jabatan Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memasang Jalur Gemilang menggunakan lori kren bagi menghiasi Dataran Bandaraya Ipoh, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 pada 31 Ogos ini yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 OGOS 2025.

Rumah Urut Kena Serbu #Imigresen

Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan wanita warga asing dalam Ops Gegar yang dijalankan di 13 rumah urut sekitar Ipoh malam tadi. Serbuan yang dijalankan serentak pada jam 9 malam telah menahan 48 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan empat warga Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OGOS 2025

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak