Artis Budaya Persembahan Nyanyian, Tarian dan Drama (PENTARAMA) ketika mengikuti Program PENTARAMA Merdeka@HOHO anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di sekitar bandaraya Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 OGOS 2025.
Pesara tentera, Azrol Lizan Mohamad Rosli, 42, yang kini bertugas sebagai warden sepenuh masa menegur pelajar supaya tidur di katil masing-masing ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2025.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan susu kepada anak lembu pada Karnival Usahawan Tenusu MADANI “Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat” di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak, Larut. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OGOS 2025
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengibarkan Jalur Gemilang ketika acara pelepasan konvoi dan ‘night walk’ pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 OGOS 2025.
Jambatan Sultan Muzzaffar Shah yang menghubungkan Kampung Seberang Manong dengan Pekan Manong dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Dataran Amanjaya Manong, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 OGOS 2025.
Kakitangan Jabatan Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memasang Jalur Gemilang menggunakan lori kren bagi menghiasi Dataran Bandaraya Ipoh, sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 pada 31 Ogos ini yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 OGOS 2025.
Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan wanita warga asing dalam Ops Gegar yang dijalankan di 13 rumah urut sekitar Ipoh malam tadi. Serbuan yang dijalankan serentak pada jam 9 malam telah menahan 48 wanita warga Thailand, dua warga Indonesia dan empat warga Vietnam berusia antara 20 hingga 35 tahun. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 OGOS 2025
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamaluddin Ismail menunjukkan barang rampasan selepas berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan 1,899 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di Batu Gajah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 OGOS 2025.
Pengarah Biro Undang-Undang (Kanun) Amanah Perak, Mohd Fitri Asmuni pada sidang media selepas membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari susulan karikatur yang dimuat naik di Facebook beliau seolah-olah menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2025