Foto - Page 4

Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Sidang DUN Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama sempena perasmian Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 APRIL 2026.

Tradisi Pesta Songkran di Pengkalan Hulu

Masyarakat Siam menyiram air kepada pengguna jalan raya ketika Sambutan Pesta Songkran di Kampung Tasek, Pengkalan Hulu. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 APRIL 2026.

PM Rasmi Program MADANI Rakyat 2026 Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir ke Program MADANI Rakyat 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 APRIL 2026.

Suasana Program MADANI Rakyat 2026 Perak

Cuaca panas terik tidak menghalang kanak-kanak menyertai aktiviti pada Program MADANI Rakyat 2026 Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto : ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 APRIL 2026.

Gelagat Pelajar-Pelajar Ketika Pengumuman Keputusan SPM 2025

Reaksi pelajar, Syed Dayyan Syed Syahril Anuar menangis kegembiraan bersama ibu dan bapanya ketika mendapat keputusan cemerlang 9A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada majlis pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2025 Peringkat Negeri Perak di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2026.

Pilu… Air Mata Isteri Amirul Hafiz Bersama 3 Anak

Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar, Nor Nadia Abdul Majid, 32, bersama tiga anaknya, Muhammad Aqif Amsyar, 9, Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 dan Nur Humaira, 2, menunjukkan gambar mereka sekeluarga selepas suaminya maut dalam kemalangan motosikal melibatkan pemandu mabuk ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Kampung Repoh di Batu Kurau, Larut. Foto ABDULLAH YUSOF 30 MAC 2026.

Peniaga Lemang Tak Menang Tangan Sempena Aidilfitri

Para peniaga sedang sibuk menyiapkan jualan dan tempahan lemang yang dibuat pelanggan di persimpangan Jalan Jelapang - Taman Meru 2C, Ipoh menjelang Hari Raya...

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak