Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh pada Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Muda di Perkarangan Dataran Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 MAC 2026.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Asyraf Ismail menyoal salah seorang pengunjung beragama islam yang disyaki tidak menghormati bulan Ramadan ketika Ops Ponteng Puasa ke atas sebuah pusat snuker di Jalan Raja Ekram, Taman Jubilee, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 MAC 2026.
Orang ramai mengambil peluang pada cuti hujung minggu bersama keluarga dan kenalan berbuka puasa kawasan padang sekitar Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh.
Lensa jurugambar...
Ayam golek antara tarikan di Bazar Ramadan pekarangan Stadium Perak ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2026.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mencuba memasak kambing bakar pada hari pertama berpuasa ketika mengunjungi Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 FEBRUARI 2026.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak Tahun 2026, turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) pada Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) diiringi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2026.
Pelancong tempatan dan asing melihat terumbu karang di dasar laut cetek sambil berjalan kaki menuju ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah pada jarak 400 meter ekoran berlaku fenomena air laut surut sehingga menimbulkan beting pasir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.
Anak, Zhakil Iman Khairil Azhar, 18 ditemani ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air ke pusara ayahnya, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2026.