Foto - Page 6

Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak 2026

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak Tahun 2026, turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Anwar Lancar Dasar Kasih Keluarga Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) pada Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) diiringi Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri di ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 14 FEBRUARI 2026.

Fenomena ‘Laut Terbelah’ Pulau Pangkor

Pelancong tempatan dan asing melihat terumbu karang di dasar laut cetek sambil berjalan kaki menuju ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah pada jarak 400 meter ekoran berlaku fenomena air laut surut sehingga menimbulkan beting pasir ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Pulau Pangkor, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2026.

Suasana Pengebumian Komando Inspektor Khairil Azhar

Anak, Zhakil Iman Khairil Azhar, 18 ditemani ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika menyiram air ke pusara ayahnya, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2026.

Keluarga Menatap Jenazah “Inspektor Khairil Azhar” Buat Kali Terakhir

Ahli keluarga tidak dapat menahan sebak ketika menatap jenazah VAT 69 Komando, Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin buat kali terakhir sebelum dikebumikan pada Istiadat Penghormatan Terakhir di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Briged Utara PGA, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2026.

Masyarakat Cina Mula Beli Keperluan Raya

Masyarakat Cina mula membeli barangan perhiasan untuk mendekorasi kediaman mereka sebagai persiapan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 17 Februari ini di Jalan Theatre,...

Hari Pertama Persekolahan 2026

Gelagat murid pada hari pertama Sesi Persekolahan 2026 ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JANUARI 2026.

Durian Bukit Jalan Pahang, Tapah

Mempunyai rasa yang unik, durian bukit yang diusahakan masyarakat Orang Asli sekitar Jalan Pahang dari Batu 3 hingga Batu 25, Tapah mempunyai pengemarnya tersendiri. Sering...

Pementasan Teater Kampung Boy

Pelakon cilik, Hadi Mikail membawa watak Lat pada protonton pementasan Teater Seniman Negara Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) ‘Kampung Boy’ di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 NOVEMBER 2025.

Artikel Terkini

Langgan

Langgan untuk dapatkan info terkini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak