Dalam era pemerintahan moden, tanggungjawab kepimpinan menuntut komitmen untuk menjunjung Perlembagaan, memelihara keluhuran undang-undang, memastikan keadilan dalam pentadbiran serta menjamin kesejahteraan rakyat.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-70 di Istana Iskandariah, di sini, pada Ahad.
Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2026 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, hari ini bukan sahaja menjadi medan meraikan kebudayaan masyarakat India, malah turut membuka ruang kepada masyarakat berbilang kaum untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi negeri Perak hari ini adalah hasil kerjasama, pengorbanan serta sumbangan masyarakat berbilang kaum yang bersama-sama membangunkan negeri ini sejak dahulu.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke ke Majlis Sambutan Deepavali 2026 Peringkat Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.
Kanopi hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong mencuri perhatian apabila memperlihatkan formasi unik seakan-akan brokoli yang sedang berbunga menerusi rakaman dari udara.
Pentcafe di Penjara Taiping, Jalan Taming Sari di sini, memperoleh Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan Gred A atau Sangat Bersih daripada Majlis Perbandaran Taiping (MPT), pada Jumaat.
Majlis Perbandaran Taiping (MPT) akan menjalinkan kerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi menangani isu haiwan ternakan berkeliaran yang boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya.
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berpotensi menjadi platform strategik memperluas pasaran produk perikanan tempatan kepada pengguna dari seluruh negara.