Sebanyak 42 kawasan ‘hotspot’ dan 32 kawasan ‘blackspot’ akan diberi tumpuan Polis Perak dalam Op Selamat 25 sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula 15 hingga 20 Februari 2026.
Semua peniaga di negeri ini diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan sengaja menaikkan harga barangan secara mendadak menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan yang bakal tiba minggu hadapan.
Pelancongan waktu malam dilihat antara fokus baharu di Perak bagi memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pilihan pelancong, khususnya di peringkat antarabangsa.
Seorang bekas pengawal keselamatan didenda RM30,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Khamis, selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik iaitu teks bersifat lucah kepada seorang wanita, pada dua tahun lalu.
Pembangunan infrastruktur dan naik taraf Dataran Niaga Kampung Manjoi memberi kesan positif kepada peniaga kerana keadaannya lebih tersusun dan selesa dengan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan harian.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi program Kampung Angkat MADANI (KAM) terus memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyantuni penduduk setempat melalui penyerahan bantuan bakul makanan kepada 30 asnaf terpilih dari Gugusan Manjoi.
Program Kampung Angkat MADANI (KAM) di bawah kelolaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diterjemahkan menerusi penaiktarafan serta pembangunan infrastruktur tapak Pasar Baharu Manjoi kepada Dataran Niaga Kampung Manjoi yang lebih tersusun, kondusif dan berdaya saing.
Terletak di tengah-tengah Ibu Negeri Perak, Tasik Cermin Ipoh merupakan antara ikon pelancongan terkenal sama ada dalam kalangan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Sebuah syarikat pembekal diesel didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa atas kesalahan menjual diesel sebanyak 16,380 diesel kepada pembeli yang tidak mempunyai permit, tiga tahun lalu.
Kejayaan produk keluaran usahawan dari Perak menembusi pasaran luar bukan hanya merapatkan hubungan dua negara malah turut membantu mempromosi Negeri Perak di peringkat antarabangsa.